Laporan berita mendedahkan SPRM telah menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 September lalu dipercayai berkaitan projek tebatan banjir. Adakah SPRM akan menyiasat Ahli Parlimen PAS Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau menyerbu MPKB kerana salah guna kuasa melibatkan perkahwinan anak perempuannya seperti yang dilakukan SPRM terhadap MBSA?
Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin di Kelantan telah mengesahkan menerima permintaan kerjasama daripada Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Dalam surat yang ditandatangani Nik Abduh bertarikh 20 September, Nik Abduh meminta kerjasama MPKB untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, meja, kerusi dan hiasan bunga untuk majlis perkahwinan anak perempuannya hari ini. Majlis itu akan diadakan pada 24 September di tempat letak kereta Masjid Tok Guru dan Sekolah Menengah Agama (Arab) Darul Anuar.
Bagaimanapun, Rosnazli telah menarik perhatian orang ramai dengan enggan mengesahkan soalan mudah sama ada MPKB telah meluluskan permintaan kerjasama oleh Nik Abduh. Permintaan Nik Abduh untuk kerjasama daripada MPKB menimbulkan persoalan merisaukan mengenai salah guna kuasa apabila Nik Abduh menggunakan kepala surat rasminya sebagai Ahli Parlimen Bachok. Nik Abduh sepatutnya menjelaskan apakah dimaksudkan dia apabila meminta kerjasama daripada KBMC untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.
Biasanya perkhidmatan daripada majlis tempatan ini boleh disediakan dengan bayaran atau pada kadar sewa tertentu yang ditawarkan kepada semua. Nik Abduh tidak menawarkan untuk membayar sebarang bentuk bayaran atau kadar sewa dalam surat rasminya. Nik Abduh tidak perlu menggunakan kepala surat rasmi dan status Ahli Parlimen Bachok untuk mendapatkan kerjasama MPKB untuk acara persendirian keluarga yang tidak berkaitan dengan tugas awam kepada pengundinya.
Sebab itulah SPRM perlu menyiasat Nik Abduh dan sepatutnya menyerbu MPKB untuk melihat sama ada wujud salah guna kuasa oleh Nik Abduh atau sama ada MPKB cuba menutup kerjasama yang diberikan oleh MPKB seperti yang diminta Nik Abduh. SPRM mesti menunjukkan bahawa ia tidak mengamalkan amalan dua darjat antara MPKB dan MBSA.