Sejarah politik Malaysia menunjukkan bahawa sebuah gabungan politik yang sebenar mesti dibina atas keseimbangan kuasa, kepelbagaian wakil, dan prinsip politik yang dikongsi bersama. Jika tidak, ia hanyalah satu susunan politik sementara dan bukannya gabungan sebenar.
Pengumuman terkini berkaitan struktur kepimpinan Perikatan Nasional (PN) menonjolkan satu realiti yang semakin jelas: jawatan-jawatan utama dalam PN kini hampir sepenuhnya dikuasai oleh Parti Islam Malaysia (PAS).
Dalam struktur PN yang diumumkan baru-baru ini:
• Pengerusi: Ahmad Samsuri (PAS)
• Setiausaha Agung: Takiyuddin (PAS)
• Ketua Penerangan: Annuar Musa(PAS)
• Bendahari: Muhammad Sanusi (PAS)
Malahan, Ketua Pembangkang Parlimen juga bakal dipegang oleh Ahli Parlimen PAS.
Dengan kata lain, dalam kepimpinan teras PN, banyak jawatan utama kini dikuasai oleh pemimpin PAS.
Sejarah membuktikan bahawa apabila sebuah gabungan politik semakin dikuasai oleh satu parti tunggal, apabila hala tuju politik dan kuasa keputusan tertumpu kepada satu parti, parti-parti lain dalam gabungan itu akan menjadi sekadar pelengkap, dan gabungan itu sendiri kehilangan maknanya.
Oleh itu, rakyat Malaysia hari ini perlu bertanya soalan yang mudah tetapi penting:
Adakah Perikatan Nasional masih sebuah gabungan politik berbilang parti, atau telah berubah menjadi gabungan di bawah PAS semata-mata?
Jika sebuah gabungan hanya tinggal suara satu parti sahaja, jika jawatan-jawatan penting dan hala tuju politik dikawal sepenuhnya oleh satu parti, maka secara hakikat politik, gabungan itu sudah tidak wujud lagi.
Jika trend ini berterusan, rakyat Malaysia akan melihat realiti yang mudah dan jelas:
“Perikatan Nasional” mungkin hanya tinggal nama sahaja, sedangkan realiti politiknya sudah menjadi “PAS Nasional.”
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya. Mana-mana gabungan politik yang ingin menjadi pilihan pemerintahan negara mesti mencerminkan kepelbagaian ini, bukannya dikawal oleh satu ideologi tunggal.
Jika tidak, gabungan seperti ini akhirnya bukan sahaja kehilangan maksudnya sebagai gabungan, malah juga kehilangan kepercayaan rakyat.
Sebuah gabungan yang:
hanya tinggal nama, tanpa kepelbagaian;
hanya tinggal struktur, tanpa roh;
hanya tinggal kuasa, tanpa keseimbangan,
maka ini gabungan bukan lagi gabungan, tetapi hanya kosmetik politik.
Apabila sebuah gabungan dikuasai sepenuhnya oleh satu parti, gabungan itu tidak wujud lagi, ia hanya tinggal nama sahaja.