Rakyat Malaysia dikejutkan dengan sejumlah besar 318 kematian COVID-19 dan mencatatkan rekod tertinggi 21,688 jangkitan harian pada 12 Ogos 2021, menjadikan kes kumulatif yang mengerikan dengan jumlah 1,342,215 dan jumlah kematian 11,691. Apa yang lebih membimbangkan adalah masih ada 1,059 kes di ICU dengan 543 orang telah diintubasi walaupun terdapat 318 kematian, berbanding 1,053 kes di ICU dan 546 memerlukan intubasi pada hari sebelumnya. Malangnya, jumlah kematian yang tinggi tidak mengurangkan kes-kes kronik Kategori 5 di ICU atau yang memerlukan intubasi, dengan kes-kes kronik baru menggantikan mereka yang telah kehilangan nyawa.
Kerajaan gagal PN telah hilang sepenuhnya kawalan terhadap wabak COVID-19 serta krisis ekonomi yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan mata pencarian bagi rakyat Malaysia. Ketidakcekapan PN yang memalukan, amalan dua darjat dalam penguatkuasaan dan dasar yang berubah-ubah telah memungkinkan lonjakan gelombang ketiga. Kerajaan ternyata tidak membantu dengan cukup pekerja kesihatan dan barisan hadapan negara. Sokongan lemah yang diberikan kepada barisan hadapan negara dan keadaan dan kemudahan yang sangat buruk bagi pesakit COVID-19 di hospital kerajaan, terutamanya Hospital Serdang seperti yang disorotkan di media sosial, menyoroti penderitaan rakyat di bawah Kerajaan PN.
Vaksinasi adalah satu-satunya perlindungan bagi kita yang tinggal. Kelewatan mendapatkan temu janji vaksin lebih awal telah menyebabkan penderitaan dan penyeksaan kepada mereka yang menunggu dengan sia-sia dan menyeksa mereka yang sepatutnya tidak dijangkiti COVID-19 jika mereka diberi vaksin lebih awal. Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing, yang kehilangan adiknya akibat COVID-19, mengatakan bahawa adiknya mungkin masih hidup sekiranya vaksin telah tiba lebih awal.
Di kebanyakan negara, pengalaman vaksinasi adalah bebas daripada kegelisahan tetapi tidak di Malaysia. Penundaan secara tiba-tiba temu janji vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Pulau Pinang (PPV) kepada penerima yang datang ke PPV kerana kekurangan bekalan vaksin atau barisan panjang di luar PPV di Johor tanpa pematuhan SOP meletakkan mereka yang menunggu selama 5 jam kepada risiko jangkitan adalah tidak boleh diterima.
Dalam ucapannya di Parlimen pada 28 Julai 2021, Menteri Penyelaras Vaksinasi Khairy Jamaluddin menyebut bahawa 12.5 juta rakyat Malaysia sekurang-kurangnya telah menerima dos pertama daripada 18.8 juta orang dewasa yang telah mendaftar. Oleh kerana 18.8 juta orang dewasa Malaysia yang telah mendaftar merupakan 80.5% penduduk dewasa di Malaysia, 37.6 juta dos vaksin diperlukan untuk dua dos bagi imunisasi penuh. Kerajaan telah menerima 26.4 juta dos vaksin, kurang 11.2 juta dos Pfizer yang dijangka tiba dalam 2 bulan akan datang.
Bolehkah kita menunggu dua bulan lagi dengan mempertaruhkan nyawa dan mata pencarian orang yang kita sayangi, terutama apabila ada gangguan dalam bekalan Pfizer sekarang? Apa yang diperlukan ialah 11.2 juta dos vaksin lain untuk membolehkan semua 18.8 juta orang dewasa yang telah mendaftar segera diimunisasi. DAP telah secara berterusan mengesyorkan Kerajaan PN untuk membelanjakan RM1.5 bilion lagi bagi membeli baki 11.2 juta dos daripada Pharmaniaga, yang menjual 14 juta dos Sinovac.
Kerajaan Persekutuan telah membeli 2 juta dos Sinovac daripada Pharmaniaga pada 26 Julai yang mana ia telah dihantar dan baru sahaja membeli 6 juta dos Sinovac yang akan dihantar pada akhir bulan ini. Tambahan 8 juta dos yang dibeli masih membuatkan kita kekurangan baki 3.2 juta dos yang perlu dibeli segera daripada Pharmaniaga.
Apa yang diperlukan adalah Operasi Lonjakan Kapasiti (OSC) yang serupa dengan Lembah Klang bagi memadankan logistik dan bekalan vaksin untuk memastikan tidak ada gangguan dalam penghantaran. Apa gunanya mempunyai bekalan vaksin jika pengurusan logistik asas tidak dapat diselesaikan? DAP mengulangi gesaan kami terhadap OSC bagi setiap negeri supaya dapat memberi koordinasi lebih baik antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memudahkan kebolehpercayaan vaksin. Perlu ada pengurusan logistik yang baik bagi bekalan vaksin untuk memastikan pengalaman vaksinasi yang mudah dan tidak rumit sehingga tempoh menunggu yang lama dan barisan panjang di PPV Johor serta pembatalan temu janji di PPV Pulau Pinang kerana kekurangan vaksin tidak berulang lagi.
Rakyat Malaysia tidak mahu menunggu sehari lebih lama untuk mendapatkan vaksin mereka. Menurut Kementerian Kesihatan, 80% jangkitan adalah daripada mereka yang tidak diberi vaksin. Bagi mereka yang berada dalam Kategori 5 yang paling serius, 98% adalah daripada mereka yang tidak diberi vaksin. Berapa banyak lagi rakyat Malaysia yang akan mati secara sia-sia dalam 2-3 bulan ke depan kerana mereka tidak diberi vaksin? Imuniti kelompok perlu dicapai melalui suntikan vaksin dan bukan melalui suntikan vaksin dan jangkitan.