Skip to content

Barisan Nasional negeri Melaka perlu tunjukkan progres usaha membanteras banjir atau membantah secara terbuka desakan pimpinan tertinggi UMNO untuk membubarkan parlimen sempena musim banjir

Barisan Nasional negeri Melaka perlu tunjukkan progres usaha membanteras banjir atau membantah secara terbuka desakan pimpinan tertinggi UMNO untuk membubarkan parlimen sempena musim banjir

Desakan Majlis Tertinggi UMNO untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tahun ini merupakan langkah yang amat tidak bertanggungjawab kerana ia mengabaikan nasib rakyat Malaysia yang terpaksa menghadapi banjir.

Negeri Melaka, seperti banyak negeri lain, tidak terkecuali daripada ancaman banjir khususnya dalam tempoh musim hujan. Dalam tahun 2021 sahaja, ada kawasan dalam negeri Melaka yang telah mengalami banjir serius sebanyak 4 kali.

Dalam pilihanraya negeri Melaka pada November 2021, manifesto Barisan Nasional menjanjikan langkah dan projek bagi mengurangkan risiko banjir. Saya pernah mempertikaikan teras manifesto ini dalam sesi debat saya dengan calon lawan saya dari MCA bagi DUN Ayer Keroh, kerana ramai projek membanteras banjir bawah pentadbiran kerajaan negeri BN + PN sejak Mac 2020 tidak disiapkan dan mengalami kelewatan, walaupun telah mengambil kira kesulitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dari parti MCA pada 2 minggu yang lepas juga telah mengakui bahawa projek membanteras banjir kilat di, seperti yang dilaporkan dalam media Chinapress, 3 lokasi dalam DUN Ayer Keroh tidak disiapkan dalam bulan Ogos 2022 seperti yang dijadualkan. Menurut laporan media Chinapress tersebut, tiada pekerja kontraktor yang tengah bekerja semasa lawatan tapak ahli majlis MCA tersebut.

Saya pernah dijemput menghadiri satu mesyuarat taskforce hotspot banjir yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Negeri Melaka dan EXCO Banjir pada 23 Ogos 2022, namun tiada maklumat terperinci mengenai tindakan yang telah atau bakal diambil oleh pihak kerajaan negeri. 【rujuk pautan】

Bagaimanakah rakyat negeri Melaka boleh diyakinkan bahawa kerajaan negeri Melaka mengutamakan rakyat sekiranya progres usaha membanteras banjir tidak diketahui, ahli majlis sendiri mengakui kelewatan, dan Barisan Nasional Melaka tidak membantah desakan mengadakan pilihanraya umum dalam musim banjir?

Saya menggesa kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka tunjukkan progres usaha membanteras banjir. Sekiranya kerajaan Barisan Nasional negeri Melaka tidak mampu membuktikan bahawa Barisan Nasional telah melakukan usaha yang terbaik dan munasabah bagi menyediakan negeri Melaka menghadapi banjir, Barisan Nasional negeri Melaka patut membantah secara terbuka desakan Majlis Tertinggi UMNO.

Mesyuarat taskforce hotspot banjir (23 Ogos 2022)

https://www.facebook.com/100044019284594/posts/pfbid02UBoPgxiaujywfmYakqexX4JCEcVVi1UYs8Qhx4KYpuLE7qWrm6jyCrnVqdgmbsPrl/?d=n