Skip to content

Penubuhan DAPSY Gua Musang

Malam tadi saya bersama rakan-rakan telah menghadiri mesyuarat pertama DAPSY bahagian Gua Musang. Maka tertubuhnya DAPSY bahagian yang pertama di Negeri Kelantan.

Tahniah kepada Sdr Shafiq Razak kerana dipilih sebagai Ketua DAPSY Gua Musang yang pertama. Juga tahniah kepada ahli jawatankuasa yang dipilih.

Kebelankangan ini semakin ramai anak muda dari pelbagai kaum dan latar belakang telah tertarik dengan perjuangan DAP untuk bangsa Malaysia tak kira kaum mahupun agama dan membuat keputusan untuk menyertai kami untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam membina semula negara kita.

Dengan penubuhan bahagian ini, harapan saya agar anak muda DAPSY Malaysia akan terus menjadi pemangkin untuk Parti DAP Democratic Action Party menjadi parti politik arus perdana di negeri Kelantan bagi jangka masa panjang.

DAPSY akan sentiasa memberikan fokus untuk memastikan keperluan dan kebajikan anak muda negara dipentingkan dan hasrat dan aspirasi mereka dijuarai setiap masa.

Kami betertekad untuk terus menjadi pemangkin bagi membawa nafas politik yang baharu, politik yang mementingkan rakyat , politik yang membawa dasar dan solusi dan juga politik yang merentasi garis kaum atau agama.