Pulau Pinang menyambut baik kenyataan YAB Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2027 bagi mengiktiraf usahaKerajaan Negeri untuk dipeta sebagai pusat kewanganteknologi negara menerusi penubuhan Penang Technology Financial Centre (PTFC). Pendekatan berkaitan adalahsebagai langkah strategik memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekonomi berasaskan teknologi bernilai tinggi.
Pengiktirafan ini merupakan perkembangan positif dalamusaha Pulau Pinang meneroka peluang baharu bagimemperkukuh ekosistem teknologi, khususnya dalam sektorelektronik dan elektrik (E&E) serta semikonduktor, di samping meningkatkan nilai tambah industri tempatan.
Kerajaan Negeri telah menghantar Kertas Putih PTFC kepadaKementerian Kewangan pada 23 September 2026. Langkah seterusnya adalah mengemukakan PTFC Strategic Blueprint dan PTFC Action Plan menjelang November 2026 bagimemperinci hala tuju, strategi pelaksanaan dan tindakan yang diperlukan untuk merealisasikan inisiatif berkenaan.
Susulan pengumuman Belanjawan 2027, Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi menubuhkan PTFC Federal-State Joint Committee. Jawatankuasa bersama ini penting untukmenyelaras perancangan, memperincikan mekanismepelaksanaan serta menggerakkan tindakan susulan secarabersepadu antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Usaha membangunkan Pulau Pinang sebagai Pusat KewanganTeknologi Negara juga selari dengan hala tuju National Semiconductor Strategy (NSS) dalam memperkukuhkedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktorglobal, termasuk membina keupayaan teknologi tempatanyang lebih maju dan berdaya saing.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin PTFC berpotensimenghasilkan manfaat strategik kepada ekonomi negara melalui tiga hasil utama:-
Pertama, memperkukuh industri pembuatan tempatan yang menyokong sektor E&E dan semikonduktor, sekali gusmeningkatkan keupayaan syarikat tempatan untukberkembang dalam rantaian nilai teknologi yang lebih tinggi;
Kedua, membawa ekonomi Pulau Pinang ke tahap nilaitambah yang lebih tinggi dengan memperluas peluang dalambidang teknologi maju, inovasi dan pembangunan industriberasaskan pengetahuan;
Ketiga, menyumbang kepada aspirasi Malaysia untukmembangunkan serta memiliki harta intelek (IP) dan keupayaan teknologi sendiri, khususnya dalam bidangteknologi tinggi (hard tech) dan teknologi mendalam (deep tech), ke arah merealisasikan visi ‘Made by Malaysia’.
Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat denganKerajaan Persekutuan bagi memastikan pembangunan PTFC dapat diterjemah kepada peluang ekonomi baharu, pengukuhan industri tempatan dan peningkatan daya saingMalaysia dalam landskap teknologi global.
Sekian, terima kasih.