Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.04 juta bertujuan mengurangkan beban golongan perlu pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.
Kelulusan yang telah berkuat kuasa tersebut merupakan tambahan kepada bantuan sebelum ini menerusi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khas untuk membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk makanan ataupun lain-lain.
Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil-wakil rakyat masing-masing.