Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih menunggu perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat bersidang sebelum 1 Ogos ini di bawah peruntukan Ordinan Darurat.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat keputusan akhir pada mesyuarat akan datang sebagaimana pilihan berikut:-
- Mengadakan sidang khas DUN sebelum 1 Ogos 2021 setelah memperoleh perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;
- Mengadakan sidang khas DUN pada bulan Ogos 2021 apabila Ordinan Darurat ditamatkan. (Tanpa memerlukan notis 28 hari);
Mengadakan sidang DUN dengan pembukaan rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada bulan Ogos/September 2021 tertakluk kepada notis 28 hari.
Kerajaan Negeri dengan ini akan mengikuti perkembangan terkini dan akan buat keputusan sewajarnya.