Berhubung berita yang diviralkan bahawa terdapat dua buah bas penuh muatan yang memindahkan pesakit-pesakit positif COVID-19 dari ibu negara ke negeri ini adalah sama sekali tidak benar!
Saya dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bahawa hanya seorang pesakit positif COVID-19 kritikal yang dipindahkan bagi mendapatkan rawatan di institusi perubatan di negeri ini.
Adalah dimaklumkan bahawa keadaan pesakit kini adalah stabil dan masih dalam pemerhatian lanjut.