Skip to content

Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar Ayer Keroh Saya menyumbang gaji sebulan bagi mensubsidikan swab-test untuk komuniti Ayer Keroh

Di kawasan Ayer Keroh, berlakunya 51 kes positif pada 3 Julai 2021 (Kluster Jalan Seri Raya). Kemudian, 523 kes positif pada 10 Julai 2021, akibat daripada ujian saringan pekerja kilang kerana PKPD bersasar.

Kalau dalam seminggu, kes positif dalam kalangan pekerja kilang boleh naik dari berpuluh-puluh sehingga mencecah 500, adakah kerajaan yakin bahawa TIADA kes langsung dalam kalangan komuniti? 【rujuk kenyataan saya pada 11 Julai 2021 di pautan】

Kepadatan penduduk serta corak kehidupan komuniti di Ayer Keroh meningkatkan risiko penularan wabak dalam kalangan seluruh komuniti, tidak kira pekerja kilang atau penduduk tempatan, warga Malaysia atau warga asing.

Saya sudah berkali-kali mempersoalkan keberkesanan PKPD bersasar ini (yang hanya dilaksanakan pada 8 Julai 2021, iaitu 5 hari selepas pengumuman kluster Jalan Seri Raya) kerana ia hanya mensasarkan pekerja kilang. Ia seolah-olahnya menganggap komuniti Ayer Keroh selamat daripada menjangkit Covid19. 【rujuk kenyataan saya pada 8, 10 & 11 Julai 2021 di pautan】

Saya juga telah 3 kali menyeru kerajaan supaya menjalankan swab-test dan segala langkah pembendungan wabak Covid19 ke atas komuniti Ayer Keroh, bukan sahaja pekerja kilang, kerana komuniti tempatan juga perlu dilindungi. 【rujuk kenyataan saya pada 8, 10 & 11 Julai 2021 di pautan 】

‘Mass-testing’ perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengenalpasti individu-individu yang telah menjangkit Covid19 supaya kita mampu membendung penularan wabak ini secara berkesan.

Sampai hari ini, tiada tindakan daripada kerajaan.

Setiap hari yang lalu, bertambahlah kemungkinan wabak ini menular dalam komuniti Ayer Keroh dan berisiko merebak ke seluruh daerah atau negeri!

Kalau kerajaan tidak sudi mengambil tindakan dan selamatkan komuniti Ayer Keroh, saya sebagai ADUN Ayer Keroh akan mengambil tindakan sendiri dan membantu komuniti Ayer Keroh!

Saya akan menyumbang gaji sebulan bagi mensubsidikan swab-test untuk komuniti Ayer Keroh (4 kawasan berisiko tinggi/hotspot). Setiap individu hanya perlu membayar RM30 bagi menjalankan swab test.【rujuk syarat dan kelayakan di bawah post ini】

Saya ADUN pembangkang. Tiada peruntukan, tiada kuasa menentukan dasar dan polisi, dan tiada sidang DUN sekarang untuk saya bangkitkan isu ini. Ini satu-satunya benda yang boleh saya lakukan bagi menggalakkan komuniti Ayer Keroh melakukan ujian calitan, selepas berkali-kali membuat seruan kepada kerajaan tetapi tidak diendahkan.

Kalau kerajaan tidak sudi membantu, kita sendiri jaga sendiri!

Rujukan:

Kenyataan saya pada 6 Julai 2021

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1503329573337075/?d=n

Kenyataan saya pada 8 Julai 2021

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1504872119849487/?d=n

Kenyataan saya pada 10 Julai 2021

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1506138239722875/?d=n

Kenyataan saya pada 11 Julai 2021

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1506816886321677/?d=n

Syarat-syarat dan butir-butir Program Subsidi Ujian Saringan Komuniti Bersasar:

  1. Ujian yang dijalankan ialah RTK-Antigen. Perlu dijalankan di Klinik Sunita, Pusat Komersial TAKH dalam tempoh 15 – 19 Julai 2021.
  2. Hanya mereka yang bermastautin di Taman Ayer Keroh Heights, Taman Muzaffar Shah, Taman Muzaffar Heights dan Pangsapuri Taman Tasik Utama layak mendapat subsidi ini. Pemohon perlu menunjuk IC, bil elektrik atau dokumen yang boleh membuktikan tempat tinggal semasa berdaftar dengan pihak klinik.
  3. Subsidi hanya dibelanjakan sekali sahaja ke atas setiap individu. Individu yang perlu menjalankan ujian ke-2 atau ujian yang lain adalah atas tanggungan sendiri.
  4. Pekerja kilang di kawasan perindustrian Ayer Keroh yang diperlukan menjalankan ujian saringan bawah PKPD bersasar adalah TIDAK layak mendapat subsidi ini.
  5. Subsidi akan ditanggung oleh YB Kerk Chee Yee, ADUN Ayer Keroh. Mereka yang layak hanya perlu bayar RM30 (selepas subsidi) bagi setiap ujian. Hanya terbuka kepada 500 orang atas dasar ‘first-come-first-serve’.
  6. Peserta program diseru mematuhi segala SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan dilaksanakan oleh Klinik Sunita.