BN bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan kebencian dalam kalangan kaum dan agama untuk mengelak daripada menjawab kegagalan mereka membendung rasuah, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pembaziran dan ketidakcekapan, hutang negara dan rakyat yang semakin meningkat, taraf pendidikan dan infrastruktur awam yang semakin merosot. Sikap hipokrit BN dan pilih bulu bukan sahaja dalam soal 1Malaysia kepada orang bukan Melayu dan 1Melayu kepada orang Melayu. Malah BN bercakap soal perdamaian nasional tetapi masih menyalahkan tsunami Cina yang menyebabkan BN hanya memenangi 47% undi popular berbanding PR 51%, sedangkan masyarakat Cina hanya membentuk 25% daripada penduduk.
BN selama ini mengapi-apikan orang Melayu dengan bukan Melayu seperti yang terbukti dalam pesta kebencian ketika Perhimpunan Agung UMNO, orang Islam dan bukan Islam melalui eksploitasi melulu mereka berhubung isu kalimah “Allah”. Malahan kini terjadi juga dalam kalangan umat Islam dengan memainkan perpecahan Syiah dan Sunni dalam Islam. Permainan politik berbahaya dengan memanipulasi pelampau agama dan kaum bertujuan menutup salah urus dan sindrom penafian BN bahawa kejayaan terbesar mereka ialah menjadikan Malaysia juara dunia dalam rasuah sebagaimana yang dilaporkan oleh Wall Street Journal dan Transparency International.
Pengumuman semalam oleh Menteri Kerja Raya bahawa kadar tol lebuh raya akan meningkat tahun depan adalah yang terbaru dalam siri kenaikan harga petrol, gula, dan elektrik. Ini hanya akan meningkatkan kos sara hidup yang akan bertambah buruk apabila GST sebanyak 6% dilaksanakan pada tahun 2015.
Pada masa sama, tiada tindakan diambil untuk membendung pembaziran dan ketidakcekapan yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang melibatkan RM6.5 bilion. Jangan kita lupa ini hanyalah sebahagian daripada penyelewengan kewangan yang tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Laporan Peguam Negara menekankan masalah tahunan berulang berkenaan pemborosan, tidak digunakan sepenuhnya, kualiti rendah atau dibayar jauh melebihi harga pasaran dalam perolehan kerja-kerja, barangan dan perkhidmatan seperti: –
- Peralatan pasukan polis bernilai RM1.3 Juta hilang, termasuk 156 gari, 44 senjata dan 29 kenderaan.
- Jabatan Penyiaran membeli sebanyak 20 jam dinding dengan harga RM3,810 setiap satu, 38 kali lebih mahal daripada RM100 anggaran setiap satu, dan tiga pengimbas saiz A4 sebanyak RM14, 670 satu unit, lebih daripada 70 kali ganda harga anggaran RM200 setiap satu;
- Jabatan Kastam memusnahkan kasut yang bernilai RM600,000 kerana tidak sesuai dengan pegawai-pegawainya;
- Kerajaan negeri Melaka membina Bangunan Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen di atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, dan tambahan RM40 juta dalam kos bangunan akibat kelewatan
- Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara sewenang-wenangnya untuk sambutan Hari Belia Negara, termasuk RM1.6 juta untuk membawa masuk kumpulan K-Pop dari Korea.
- Kos tambahan RM1.3 bilion untuk projek Empangan Bakun yang bernilai USD 2.3 bilon dan membayar USD 133,000,000 (RM430 juta) sebagai ganti rugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.
BN telah kehabisan idea untuk menguruskan negara ini kerana tidak lagi boleh meminjam wang kerana kerajaan Persekutuan telah mencecah had hutang yang dibenarkan sebanyak 55% daripada KDNK dengan RM541 bilion. Walau bagaimanapun lebih membimbangkan ialah hutang isi rumah kepada nisbah KDNK sebanyak 83.5%, yang kedua tertinggi di Asia, yang menjadikan kehidupan golongan berpendapatan miskin sengsara kerana kebanyakan pendapatan mereka adalah ke arah membayar hutang. Kenaikan harga gula, petrol dan elektrik menjadikan keadaan mereka lebih teruk.
Kemerosotan infrastruktur menunjukkan bahawa perbelanjaan awam tidak mematuhi prinsip “nilai untuk wang” atau “value for money”. Banjir dan pengangkutan awam yang mengelirukan, banjir di lapangan terbang antarabangsa atau membina lapangan terbang Melaka yang kosong tanpa pesawat adalah beberapa contoh yang amat nyata. Berapa banyak kali lagi perlu siling Hospital Serdang jatuh sebelum tindakan diambil terhadap kontraktor?
Apa yang lebih membimbangkan adalah masa depan yang suram negara kita. Bagi menangani masa depan, kita mesti melabur untuk masa depan. Melabur untuk masa depan memerlukan pelaburan dalam pendidikan bagi menghasilkan bakat manusia. Namun di sebalik pelaburan 21% daripada bajet tahunan pendidikan kita, tidak ada nilai untuk wang. Sebaliknya laporan PISA 2012 (Programme for International Student Assessment) menunjukkan kualiti pendidikan kita telah menurun dengan mendadak sehingga pelajar kita 4 tahun di belakang prestasi terbaik dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong. Malaysia juga kalah kepada jiran yang lebih miskin dari Vietnam dan Thailand!
Kualiti pendidikan Malaysia yang memalukan ini dipadankan oleh prestasi utama Malaysia dalam aliran keluar dana haram yang terdiri daripada pengelakan cukai, jenayah dan rasuah. Prestasi luar biasa Malaysia sebagai juara dunia dalam rasuah berdasarkan RM173.84 bilion (AS $ 54.18 billion ) aliran keluar dana haram yang disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2011, menduduki tempat keempat paling teruk di dunia. Bagi tahun 2011, Malaysia berada di belakang gergasi Rusia (AS $ 191.14 billion), China (AS $ 151.35 billion) dan India (US $ 84.93 billion).
Menurut badan pemantau kewangan yang berpangkalan di Washington, Global Financial Integrity (GFI), meskipun jumlah penduduk Malaysia kecil tetapi aliran keluar dana haram lebih tinggi daripada negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia dari 2002-11. Dengan sejumlah RM1.2 trilion atau USD 370.38 bilion hilang akibat wang haram antara 2002-11, kerugian ini lebih besar daripada KDNK Malaysia pada tahun ini atau tahun depan, atau bersamaan hampir RM4,300 setiap rakyat Malaysia sejak 10 tahun lepas.
Setiap negara dalam senarai 10 teratas, mempunyai penduduk yang lebih besar daripada Malaysia. PR akan mendesak kepada kebertanggungjawaban penuh untuk semua skandal kewangan yang besar seperti skandal saham Bumiputera yang bernilai RM 52 bilion di mana orang Melayu biasa tidak menikmati saham ini yang kemungkinan lepas kepada pemimpin BN, skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang yang bernilai RM14 bilion dan pendedahan tahunan penyelewengan kewangan yang ditekankan dalam Laporan Ketua Audit Negara (melibatkan jumlah sebanyak RM 6.5 bilion pada tahun 2012).
Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low yang menolak aliran keluar wang haram ini hanya sebagai satu kerugian tahunan sebanyak RM1 bilion daripada rasuah dan RM34 bilion daripada jenayah menunjukkan tiadanya kredibiliti beliau dalam membanteras rasuah setelah menjadi Menteri. Jelas jawatan Menteri adalah ganjaran untuk menggantikan semua pendirian berprinsip sebelum ini yang memperjuangkan akauntabiliti, ketelusan dan integriti.
| NO | NEGARA | US$ DALAM BILION |
| 1 | China | 1,080 |
| 2 | Russia | 880.96 |
| 3 | Mexico | 461.86 |
| 4 | Malaysia | 370.38 |
| 5 | India | 343.93 |
| 6 | Saudi Arabia | 266.43 |
| 7 | Brazil | 192.69 |
| 8 | Indonesia | 181.83 |
| 9 | Nigeria | 142.27 |
| 10 | Thailand | 140.88 |