Skip to content

Cadangan untuk semua parti dan calon yang bertanding dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos untuk mencapai persetujuan untuk tidak menyalah guna isu 3R dan untuk menubuhkan mekanisma untuk mendedahkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian

Bolehkah enam pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini dijadikan satu pilihan raya yang bersih dan jujur dan tidak dibanjiri dengan tsunami penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian?

Untuk memastikan enam pilihan raya ini menjadi satu pilihan raya yang bersih dan jujur dan untuk menunjukkan kepada dunia dalam era media sosial yang masih boleh untuk pilihan raya diadakan tanpa dibanjiri dengan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian, saya cadangkan supaya semua parti dan calon yang bertanding untuk mencapai persetujuan untuk tidak menyalah guna isu-isu 3R dan untuk membentuk satu mekanisma untuk mendedahkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam kempen pilihan raya.

Mekanisme ini perlu membolehkan mana-mana parti politik, calon, atau individu untuk membuat laporan mengenai apa-apa penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian semasa kempen pilihan raya dan aduan ini disiasat secepat mungkin supaya dapat siasatan dapat diterbitkan.