Skip to content

DAP berasa kecewa PSM umum tanding kerusi DAP tanpa sebarang rundingan

DAP berasa kecewa PSM umum tanding kerusi DAP tanpa sebarang rundingan.

Pengumuman unilateral oleh PSM tanpa sebarang rundingan membuktikan parti itu TIDAK ada keikhlasan untuk bekerjasama dengan HARAPAN sebaliknya hanya bertujuan semata-mata untuk memecahkan undi blok pembangkang.

Sekiranya PSM seperti kenyataan mereka menganggap UMNO-BN sebagai musuh utama, mereka harus Bertanding di kawasan yang telah dimenangi oleh UMNO tetapi terbukti parti soliasis sayap kiri ini hanya fokus dalam kerusi yang sudah dimenangi oleh pembangkang, terutamanya DAP. Oleh itu ia amat jelas dimana pendirian mereka yang SEBENAR.

DAP bersama Pakatan Harapan tidak akan berasa gentar tentang cabaran oleh PSM sebaliknya telah terbukti pada pilihanraya dulu, iaitu pada 2008 & 2013, PSM juga bertanding 3 Penjuru di DUN Jelapang tetapi kedua-dua kali parti itu hilang deposit pertaruhan. Sejarah membuktikan Pengundi2 Perak sudah hantar mesej jelas mereka tolak PSM.

Memandangkan PSM telah membuat pengumuman sendiri untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP, Pakatan Harapan akan bertanding di parlimen Sungai Siput supaya ia memberi peluang kepada Pengundi2 di Sg Siput membuat pilihan yang lebih bijaksana SIAPA yang mampu menggantikan UMNO BN.

Saya ingin menegaskan bahawa hanya PAKATAN HARAPAN saja satu-satunya barisan alternatif yang mampu menggantikan BN, mana-mana blok ke-3 atau parti lain yang enggan bekerjasama dengan HARAPAN adalah bersama BN & tujuan mereka hanya untuk menyelamatkan Najib.