Skip to content

DAP menyatakan rasa terkejut bahawa Mahkamah Persekutuan bukan sahaja menolak rayuan Malaysiakini untuk membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM350,000 dalam saman fitnah oleh Raub Australian Gold Mining’s (RAGM), tetapi juga mengenakan ganti rugi dan kos tambahan sebanyak RM200,000

DAP menyatakan rasa terkejut bahawa Mahkamah Persekutuan bukan sahaja menolak rayuan Malaysiakini untuk membayar ganti rugi dan kos berjumlah RM350,000 dalam saman fitnah oleh Raub Australian Gold Mining’s (RAGM), tetapi juga mengenakan ganti rugi dan kos tambahan sebanyak RM200,000. DAP bersolidariti dengan Malaysiakini dan menghormati keputusan mereka untuk tidak meminta sumbangan orang ramai memandangkan kemerosotan ekonomi akibat Covid-19.

Walaupun keputusan ini dilihat sebagai satu tamparan besar terhadap kewartawanan berkepentingan awam, Malaysiakini boleh berasa bersemangat dengan sokongan yang kuat dan tanpa henti dari orang ramai. Malaysiakini harus meneruskan peranan sebagai pembuka jalan untuk mengatakan kebenaran terhadap kekuasaan yang tidak terbatas dengan kepentingan peribadi, tidak terikat dengan kebimbangan tertentu dan tidak terhutang kepada kroni berkuasa.

Rakyat Malaysia berbangga dengan peranan bersejarah Malaysiakini dalam membina landasan kepada portal berita atas talian yang bebas dan percuma yang lain.