Skip to content

Kelulusan PPV PIKAS perlu seiring dengan bekalan vaksin

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa kelulusan baharu bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS di Pulau Pinang perlu disusuli dengan bekalan vaksin yang mencukupi dalam memastikan kelancaran inisiatif tersebut.

Gesaan tersebut akan dibangkitkan pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara pada petang ini yang mana adalah ditekankan bahawa bekalan vaksin bagi PIKAS adalah sama sekali perlu diasingkan daripada PPV awam.

Semalam, saya juga telah mengutus surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhubung pendekatan berkaitan.