Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam kenyataan media Seri Paduka Baginda
pada 28 Jun 2021 yang mahu Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen bersidang bagi menjalankan fungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap Kerajaan.
Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi PAC Parlimen ke 14 akan memanggil Jawatankuasa ini untuk bersidang pada 26 Julai 2021, Isnin, jam 2 petang.
Surat pemakluman tarikh mesyuarat PAC Parlimen sudah dihantar ke Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, hari ini.
Mesyuarat ini, akan diadakan secara fizikal membabitkan semua ahli-ahli PAC serta ahli-ahli ex officio Jawatankuasa ini bagi membincangkan mengenai jadual mesyuarat PAC yang akan datang terutama sekali membabitkan kes-kes yang tertangguh sebelum ini, serta mengemaskini jadual mesyuarat.
Bagaimanapun, Jawatankuasa ini terbuka untuk mengadakan mesyuarat ini secara hibrid sekiranya tidak melanggar mana-mana Peraturan Mesyuarat Majlis-majlis Dewan Rakyat.