Skip to content

DAP Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat

DAP Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat khususnya warga Muslimin dan Muslimat yang meraikannya.

Hari Raya Aidilfitri ini merupakan hari raya pertama selepas kerajaan Pakatan Harapan mentadbir. Walaupun hutang negara telah mencecah RM1 trilion akibat rasuah dan ketirisan rejim UMNO BN, namun kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir telah menjadikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar (0%) menjelang 1 Jun 2018 demi meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit akibat cukai tersebut.

Sempena Hari Raya ini, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam dan turut mengagihkan insentif raya kepada peneroka FELDA di seluruh negara. Malah semua rakyat Malaysia, tidak kiranya Melayu, Cina mahupun India juga boleh menikmati 50% diskaun tol sebelum 2 hari perayaan tersebut.

Kesemua ini menunjukkan bahawa kerajaan yang bersih dan amanah adalah penting dalam membela nasib rakyat dan terbukti bahawa Pakatan Harapan adalah mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan maka kerajaan Pakatan Harapan adalah berbeza dengan rejim sebelum ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat jelata yang telah bersama-sama menjayakan gelombang perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati perayaan ini dengan penuh HARAPAN lantaran negara kita tidak lagi diperintah oleh kleptokrat.

Sekali lagi saya bagi pihak pimpinan DAP Perak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Maaf zahir dan batin.