Dengan mewakili YB Nga Kor Ming, saya telah memimpin pasukan khidmat DAP Teluk Intan menjejaki kawasan parlimen Teluk Intan untuk menghulurkan makanan bermasak kepada keluarga yang memerlukannya dari rumah ke rumah.
Seperti biasa YB Nga Kor Ming telah menyumbangkan gaji dan elaun sendirinya untuk membelikan segala barangan dapur yang diperlukan untuk diisikan ke dalam Beg Harapan dan sepanjang tempoh “Total Lockdown” ini, pasukan khidmat YB Nga Kor Ming turut akan pergi dari kampung ke kampung untuk memberikan makanan bermasak kepada keluarga miskin.
Untuk menggalakkan rakyat menerima suntikan vaksin, pasukan khidmat DAP Teluk Intan turut menggantung sepanduk yang mengandungi pelbagai bahasa di seluruh kawasan parlimen untuk membolehkan rakyat didedahkan info vaksin dan segera mendaftarkan diri serta ahli keluarga dalam pada itu. Ini membuktikan DAP dan Pakatan Harapan adalah komited dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tanpa mengira faktor politik.
Saya menggesa rejim Perikatan Nasional (PN) untuk merancakkan segala usaha suntikan vaksin lantaran majoriti rakyat memaklumkan masih tengah menunggu tarikh temu janji walaupun telah mendaftarkan diri pada bulan Februari.
Tiada gunanya hanya mengumumkan dasar atau berita yang tidak realistik dengan menganggarkan jumlah dos yang akan dibagi. Rejim PN sewajarnya memastikan bekalan vaksin adalah mencukupi, semua petugas dalam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah dijaga kebajikannya, dan yang paling penting memberikan suntikan vaksin kepada semua yang telah mendaftarkan diri tanpa berlengah lagi untuk memastikan semua dapat menggembleng tenaga dalam mencapai matlamat Imuniti Kelompok (Herd Community).