Pada 29 Disember 2015, laman web kepada lidah Rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS), HarakahDaily.net telah menerbitkan sebuah kenyataan media yang bukan sahaja tidak betul, malah bersifat fitnah dan tohmah yang luar biasa terhadap DAP. DAPSY Kebangsaan mendahului kenyataan ini dengan penafian sepenuhnya kesemua tuduhan liar yang termaktub dalam keyataan tersebut.
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/39204-apa-hubungan-dap-dan-israel[1]
Tuduhan palsu Mohamed Razali Abd Rahman, yang begitu gila dan tidak masuk akal, dan terus dikitar semula oleh segelintir daripada kepimpinan PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hanya menunjukkan bahawa mereka berketandusan isu dan idea. Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka terdekat ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO.
Tahap kesungguhan tohmahan yang dikeluarkan oleh Dr Zuhdi itu, memang mirip dengan telatah dan taktik lumrah digunakan oleh UMNO/BN. Tambahan pula, isi kandungannya memang adalah bahan fitnah upahan UMNO yang dikitar semula. Nampaknya, mereka se-pendekatan mengikuti teladan;
“If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself.”
(Jika anda mengulangi sesuatu pembohongan secukup-cukupnya, orang akan percaya, dan anda juga berkemungkinan akan percayakannya anda sendiri)
Joseph Goebbels, Menteri Propoganda kepada Adolf Hitler, Diktator Fasis Jerman awal abad ke 20.
DAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan fitnah dikeluarkan terhadap DAP oleh PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. DAPSY juga mempersoalkan kredibiliti Pengarah dan Pusat Penyelidikan PAS yang mengeluarkan keyataan dan pandangan berdasarkan sumber tulisan blog yang merupakan hasil fabrikasi dan khayalan pihak-pihak tertentu. Ternyata ia adalah kenyataan tertumpu yang berniat jahat ,iaitu untuk memburukkan nama dan memberi persepsi yang buruk kepada DAP menggunakan isu yang sensitif di kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam.
DAPSY juga ingin memanjangkan isu tentang hubungan dagang antara Malaysia dan Israel yang diakui oleh menteri Kerajaan Barisan Nasional.
Data pada tahun 2013 menyaksikan Malaysia naik ke tangga ke-7 sebagai destinasi eksport utama Israel di belakang USA, UK, China, Turkey, Netherlands dan Germany. Jumlah eksport Israel ke Malaysia pada tahun 2013 adalah NIS1.5bil atau RM1.4bil.
Adakah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS menyokong isu hubungan dagang yang dibenarkan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini selepas segelintir kepimpinanan PAS berkira-kira untuk bersama dengan UMNO demi kebaikan Melayu dan Islam?
Mengenai pendirian DAP terhadap konflik Israel dan Palestine, tidak perlulah saya ulangi sekali lagi apa yang telah disuarakan secara konsisten selama kewujudan parti DAP. Pendirian DAP adalah jelas, iaitu menolak keganasan dan penindasan regim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin. Malah DAP menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Sesiapa yang inginkan pencerahan mengenai pendirian DAP bolehlah merujuk kepada beberapa kenyataan media dan ucapan Parlimen di bawah sebagai lampiran [2-13].
DAPSY telah membawa isu fitnah ini kepada perhatian kepimpinan tertinggi Parti, dan ia akan disusuli dengan kenyataan lanjut oleh pucuk pimpinan tertinggi. DAPSY mengesyorkan kepada pucuk pimpinan, khususnya mereka yang dinamakan secara individu dalam bahan fitnah tersebut, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kesemua pihak terlibat.
DAPSY Kebangsaan bersedia memberi segala bantuan dan solidarity kepada kepimpinan dan rakan se-parti dan seperjuangan.
LAMPIRAN:
[1] APA HUBUNGAN DAP DAN ISRAEL?
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat kenyataan media, Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, menyesali kenyataan beliau mengenai sekatan atlet Israel ke Malaysia, sama sekali tidak merungkaikan persoalan apakah hubungan antara DAP dan Israel? Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman, seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.
Dakwaan yang dilontarkan oleh Saudara Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut ialah:
1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.
2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
Ketiga-tiga dakwaan saudara Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara, sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP. PPP melihat tiada cara lain untuk DAP membersihkan tuduhan-tuduhan ini melainkan mendakwa saudara Mohamed Razali di mahkamah. Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP, sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
29 Disember 2015
17 Rabiulawal 1437
[2] Terus suarakan bantahan kepada Israel di PBB – Pemuda DAP – Roketkini, Julai 2014 http://www.roketkini.com/2014/07/12/terus-suarakan-bantahan-kepada-israel-di-pbb-pemuda-dap
[3] Israel’s right to exist as a state should not come with bloody hands and be based on genocide of Palestinians but on values of humanity and respect for human dignity and life – Lim Guan Eng, July 2014 http://dapmalaysia.org/en/statements/2014/07/10/18875/
[4] Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1435 oleh Setiausaha Agung DAP – Lim Guan Eng, Julai 2014 http://dapmalaysia.org/en/statements/2014/07/27/18948/
[5] DAP condemns the Israeli Military strikes in Gaza – Liew Chin Tong, Nov 2012 http://dapmalaysia.org/english/2012/nov12/bul/bul5200.php
[6] The struggle for Palestine is for peace and freedom, not for UMNO’s cheap political gain – Liew Chin Tong, Feb 2012 http://dapmalaysia.org/english/2012/feb12/bul/bul4879.htm
[7] Zahrain fitnah DAP, peralat isu Israel untuk bela rejim UMNO – Steven Sim, Feb 2012 http://dapsy.dappg.org/2012/02/17/stevensim_20120216a/
[8] Malaysia sebagai “middle power” dan masalah pokok Palestin – Liew Chin Tong, Jun 2010 http://dapmalaysia.org/english/2010/jun10/bul/bul4195.htm
[9] DAP mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas misi kemanusiaan Gaza oleh Kerajaan Israel – Tony Pua, May 2010 http://dapmalaysia.org/english/2010/may10/bul/bul4189.htm
[10] Pendirian DAP dalam isu Gaza – menolak sebarang tindakan keganasan – Lim Guan Eng, Jan 2009 http://www.dapmalaysia.org/english/2009/jan09/lge/lge950.htm
[11] UN Security Council should give Israel seven days to comply with the resolution to end the siege of Arafat or face punitive action – Lim Kit Siang, Sep 2002 http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/sep02/lks/lks1882.htm
[12] Malaysian Parliament should set aside the 2003 Budget debate to pass an all-party motion to deplore the Israeli rejection of the UN Security Council resolution to end the siege of Arafat and expeditious withdrawal of Israeli forces from Occupied Palestine – Lim Kit Siang, Sep 2002 http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/sep02/lks/lks1878.htm
[13] Israeli aggression against Palestinians must stop immediately – Teresa Kok, April 2002 http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/apr02/bul/bul1559.htm