Saya berasa amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pembakaran patung pemimpin-pemimpin DAP di program UMNO Bahagian Kota Bahru.
Saya ingin mendesak Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi Barisan National menyatakan pendirian beliau terhadap insiden membakar patung pemimpin DAP di program UMNO tersebut.
Tindakan membakar tersebut jelas merupakan satu tindakan sengaja yang diatur oleh pemimpin umno negeri dengan berniat ‘membakar’ sentimen kepada pihak-pihak tertentu.
Kedangkalan Umno Kelantan dalam insiden ini juga jelas merupakan satu tindakan menyokong perhimpunan baju merah yang sengaja mahu membangkitkan politik perkauman.
Saya telah mengarahkan DAPSY untuk membuat laporan polis di seluruh negara dan saya berharap Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan yang tegas terhadap tindakan yang mengancam ketenteraman orang awam.
Ketua Polis negara harus bertindak bijak dalam menjalankan tugas mereka. Jika tidak, beliau akan mencemar imej pasukan polis.