Ketua DAPSY Malaysia, YB Woo Kah Leong menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk mengutamakan kesihatan murid-murid dan segera menutup sekolah di kawasan yang terjejas.
YB Woo Kah Leong yang turut merupakan Ketua Angkatan Muda HARAPAN menyatakan bahawa kesihatan para pelajar wajar diutamakan, namun kesejahteraan warga pendidik iaitu guru-guru turut harus diberikan keutamaan dalam pada itu lantaran jerebu yang semakin teruk tentunya akan menjejaskan kesihatan setiap warga sekolah.
“Selain memberikan kelonggaran kepada pelajar, guru juga harus diberikan kelonggaran untuk mendidik di rumah sendiri melalui kaedah “online”. Kebajikan pelajar harus dijaga, kesejahteraan guru pun harus dipertahankan.”
YB Woo Kah Leong berkata, kerajaan MADANI harus menunjukkan iltizam politik yang kuat dengan mengambil tindakan drastik dan segera dalam melindungi para warga sekolah dan tidak seharusnya membiarkan ibu bapa untuk berdepan dengan situasi sebegini dalam keadaan panik.
“Menteri Luar Negeri juga wajar menyatakan pendirian yang tegas terhadap Indonesia yang menatijahkan insiden ini yang terus berlarutan hampir dua bulan. Rakyat Malaysia adalah layak untuk menikmati udara segar dan bukannya terpaksa bersembunyi dalam rumah disebabkan keadaan jerebu yang teruk.”