Skip to content

DAPSY Selangor menyambut baik pembatalan protes penyerahan memo yang dirancang oleh Pemuda Pas Selangor di hadapan Ibu Pejabat DAP

DAPSY Selangor menyambut baik pembatalan protes penyerahan memo yang dirancang oleh Pemuda Pas Selangor di hadapan Ibu Pejabat DAP. Merujuk arahan Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali, adalah wajar program penyerahan memorandum ini dibatalkan kerana isi kandungannya yang berbentuk sangka-sangka dan tidak merujuk fakta. Secara tidak langsung arahan ini mengesa agar pemuda Pas Selangor agar membaca dan meneliti fakta sebelum mengemukakan persoalan.

Jesteru bagi menjawab persoalan yang dikemukan oleh Pemuda Pas Selangor, DAPSY Selangor mengambil pendekatan seperti berikut.

  1. DAPSY Selangor menyokong tindakkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. Hendaklah pemuda PAS sedar bahawa tindakan yang diambil adalah kerana sikap Presiden PAS yang mementingkan diri sendiri dan membelakangkan semangat Pakatan Rakyat.Presiden Pas juga telah membawa Private Bill tersebut sebelum pembentangan Pindahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah PAS diluluskan di Kelantan.
  2. Pemuda Pas tidak seharunya menuduh DAP tidak menghormati demokrasi kerana adalah jelas,private Bill yang ingin dibentangkan oleh Presiden Pas adalah bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan. Jesteru DAPSY Selangor meminta Pemuda Pas untuk tidak mempersoalkan perjuangan DAP dalam mempertahankan keluhuran perlembagaan.
  3. Bantahan konsisten DAP terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah PAS juga adalah berdasarkan demokrasi berperlembagaan. Perlu juga dingati bahawa rakyat Malaysia yang menyokong Pas pada pilihanraya yang lalu tidak mengundi untuk Enakmen tersebut.

Pemuda Pas digesa untuk menumpukan permasalahan yang menekan rakyat khususnya golongan muda seperti Isu Ekonomi , Perumahan , Sosial dan Isu yang lebih besar seperti GST dan 1 MDB.

Kami DAPSY Selangor berdiri teguh dibelakang pimpinan Parti dan menasihatkan pemuda Pas Selangor memahami segala bentuk persefahaman demokrasi Pakatan Rakyat yang telah termenterai dahulu.Adalah diharapkan agar pucuk pimpinan DAP untuk tidak melayan isi kandungan memorandum tersebut dan mengabaikannya.