Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah berkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos 2021. Baginda mahu semua ahli dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan Negeri Johor, terutama mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi Negeri Johor dengan sebaiknya.
Saya mengutarakan empat cadangan untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor:
- Dewan perlu mengkajji dan meluluskan bajet penggunaan rizab untuk membeli vaksin dengan segera. Menteri Besar Johor menyatakan ketika dalam mesyuarat atas talian bersama Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri Johor pada 27 Mei bahawa, sejak Mac lalu beliau meminta Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia membeli vaksin sendiri, dan juga memaklumkan kepada media bahawa ia bercadang untuk membeli 500,000 dos vaksin dari Singapura selepas mesyuarat tersebut. Apakah perkembangan terkini buat masa sekarang?
- Mencadangkan strategi transformasi ekonomi yang menggabungkan pencegahan wabak dan vaksin. Kawalan Pergerakan di kedua-dua tempat iaitu Singapura dan Johor telah memberi kesan besar kepada struktur ekonomi kawasan selatan Johor. Kerajaan perlu mengutarakan dasar bantuan ekonomi dan perancangan ekonomi yang baru untuk mengelakkan keruntuhan struktur.
- Kerajaan tempatan merangsang ekonomi tempatan untuk mempergiatkan aktiviti ekonomi tempatan, memperkukuhkan peranan kerajaan tempatan dalam pemulihan ekonomi, dengan mengecualikan bayaran lesen, bayaran khidmat pembersihan, cukai pintu rumah kos rendah, saman, bayaran letak kereta yang dikenakan oleh kerajaan tempatan, mempercepatkan permohonan pelbagai projek, dan mempercepatkan pelaksanaan projek kebajikan rakyat kecil-sederhana.
- Rebat cukai tanah kepada pemilik yang memberi potongan bayaran sewa. Oleh kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), banyak kedai tidak dapat beroperasi. Justeru, untuk mendorong pemilik untuk mengurangkan atau mengecualikan sewa kedai, pemotongan satu demi satu untuk cukai tanah harus diberikan. Sekiranya kita membatalkan kenaikan cukai tanah pada tahun 2020 dan 2021 (iaitu, mengekalkan kadar cukai lama untuk 2019), kita akan dapat menyuntikkan kenaikan sekitar RM300 juta ini ke pasaran secepat mungkin melalui pembayaran balik cek.