Skip to content

Rakyat mahu moratorium, bantuan kewangan. Bukan tambah hutang

Pemakluman dibuat oleh Kerajaan yang membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) secara serta-merta memberikan gambaran yang salah terhadap pendekatan Kerajaan dalam menangani isu-isu ekonomi rakyat yang terkesan pada fasa pandemik ini.

Rujuk https://www.facebook.com/132895990116651/posts/5689871551085706/

Rakyat pada masa ini mengharapkan moratorium serta bantuan-bantuan sokongan kewangan yang lain. Sewaktu penguatkuasaan PKP, bisnes tidak dapat berjalan seperti biasa lagi, ramai yang hilang pekerjaan, hilang mata pencarian.

Rakyat berharap agar kerajaan tangani isu Covid-19 dengan segera dan berkesan. Soal pembekalan vaksin lebih cepat, pembukaan lebih banyak PPV dan sebagainya. Dengan kerajaan mengambil tindakan yang pantas, sekurang-kurangnya sektor-sektor ekonomi rakyat boleh segera dibuka dan dipulihkan.

Kerajaan tidak boleh dilihat menggalakkan rakyat untuk terus menambah hutang. Ini satu gambaran yang culas dan tidak bertanggungjawab. Rakyat mahukan moratorium dan sokongan kewangan, bukan menambah beban hutang.

Kerajaan sepatutnya merangka pelan pemulihan ekonomi lebih inklusif. Kemukakan jalan keluar, bukannya menambah beban ekonomi rakyat pada fasa pandemik ini.