Skip to content

Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini akan menentukan takdir Malaysia

Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini akan menentukan takdir Malaysia.

Pilihan raya ini adalah pertembungan besar di antara gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

Satu pihak akan muncul sebagai pemenang manakala satu lagi pihak akan kalah.

PN yakin mereka dapat menang 5-1 jika tidak menyapu bersih 6-0.

Sekiranya PN menyapu bersih semua negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu esok, maka, masa hadapan Malaysia akan jadi suram.

Seperti pepatah orang Cina, 不怕一万,就怕万一。(“Kita tidak bimbang dengan yang sudah pasti, tetapi kita takut dengan benda yang kita tidak pasti”)

Sama ada kita bantu gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional untuk menang atau untuk kalah, kerana tidak ada alternatif lain lagi.

Pertembungan besar di antara dua gabungan ini akan menentukan sama ada Malaysia akan bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia atau terus kekal dalam hala tuju sedia ada sehinggalah kita menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup seperti Sri Lanka apabila kita menyambut ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.

Apa-apa pun keputusan enam pilihan raya negeri esok, Kerajaan Perpaduan Anwar tidak akan tumbang – walaupun dengan pelbagai rancangan PAS dan Bersatu yang cuba untuk melakukan konspirasi politik Langkah Sheraton 2 untuk menumbangkan kerajaan Anwar.

Hakikat di mana Presiden PN, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Hadi Awang, senyap mengenai bagaimana mereka dapat menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar adalah bukti yang mereka tidak mempunyai cara untuk mengulangi konspirasi politik Langkah Sheraton yang terjadi pada Februari 2020 untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 22 bulan ketika itu.

Tetapi, keputusan buruk dalam enam pilihan raya negeri esok akan memberikan kesan kepada sejauh mana dan secepat mana pertukaran dasar dan reformasi institusi dapat dilaksanakan untuk membolehkan Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia untuk mengambil tempatnya dalam kalangan negara-negara ulung dunia.

Perkara ini boleh memberikan kesan kepada skop, kecepatan, dan kejayaan rancangan Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada bulan lepas, yang antaranya menyasarkan matlamat-matlamat seperti berikut:

  • Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
  • Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
  • Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.

Adakah kita mahu melihat Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia dan mencapai matlamat-matlamat Ekonomi Madani, malah menambah baik lagi matlamat-matlamat ini?

Sekiranya, Ya, undi calon-calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional di enam-enam negeri.

PN yang dibentuk PAS dan Bersatu tidak mempunyai apa-apa rancangan atau visi untuk Malaysia bangkit semula menjadi negara hebat dunia.

Mereka hanya mampu menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang bertebaran di media sosial yang akhirnya hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam dekad-dekad yang akan datang.

Sekiranya rakyat Malaysia menyokong PN, maka undilah PN.

Seperti yang saya katakan dalam ceramah Pakatan Harapan–Barisan Nasional di Alor Setar malam semalam, tidak ada pilihan lain dalam pertembungan besar di antara Kebenaran dan Kesalahan untuk Malaysia dalam enam pilihan raya negeri esok.

12 Ogos ini akan menentukan takdir Malaysia.