Skip to content

GST 10% selepas PRU14

GST adalah satu bentuk cukai yang tidak adil bagi golongan berpendapatan rendah. Cukai ini dikenakan terhadap semua lapisan masyarakat yang berurusniaga barangan dan perkhidmatan.

Cukai tidak sepatutnya dikenakan terhadap golongan miskin atau berpendapatan rendah. Malah kerajaan sepatutnya membantu golongan ini dengan memberi subsidi bagi meringankan beban mereka.

Satu daripada impak GST 6% adalah kenaikan harga barangan di pasaran. Kenaikan harga barangan atau inflasi yang tidak terkawal akan menambahkan lagi keperitan beban hidup rakyat.

GST 6 % sememangnya telah menjadikan rakyat Malaysia lebih miskin. Ada juga diantara pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang berpendapat bahawa cukai GST akan menurunkan harga barangan di pasaran. Adakah mereka ini jahil dari segi asas ekonomi atau sengaja memperbodohkan rakyat Malaysia?

GST adalah bayaran tambahan 6% dikenakan oleh kerajaan dalam bentuk cukai. Oleh yang demikian, harga barang yang dikenakan cukai itu sudah semestinya meningkat. Inilah sifir yang rasional. Bagaimanakah cukai boleh menurunkan harga?

Masalahnya, tidak ada jaminan bahawa GST akan kekal pada 6% selama-lamanya. Kerajaan Barisan Nasional akan meningkatkan kadar GST jika tidak mampu urus tadbir negara dengan dana yang sedia ada.

Jika, Barisan Nasional menang dalam PRU14, rakyat akan dihadiahkan dengan kadar GST yang lebih tinggi iaitu 10% atau lebih. Ini akan neningkatkan lagi kadar inflasi dalam negara. Akibatnya, kos sara hidup atau beban kewangan rakyat akan menjadi semakin teruk.

Jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14, dalam tempoh 100 hari pertama GST akan dihapuskan. Ini akan membantu meringankan beban hidup rakyat. Sudah pasti tindakan ini akan menurunkan kadar inflasi yang sedang mendera rakyat pada masa ini.

Oleh yang demikian, rakyat harus membuat penilaian yang bijak memilih kerajaan kebajikan yang lebih prihatin dalam menangani masalah ekonomi rakyat.