Skip to content

HADI, MANA BUKTI? SUDAH LAPOR ATAU BELUM?

Abdul Hadi Awang mendakwa Amerika Syarikat pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014. Tuduhan sebesar ini mesti disokong bukti. Tepukan di muktamar tidak membuktikan apa-apa.

Saya menuntut jawapan jelas. Adakah Hadi, Takiyuddin Hassan atau Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa Malaysia? Jika sudah, nyatakan bila dan kepada siapa. Jika belum, mengapa kejadian yang didakwa berlaku 12 tahun lalu tidak dilaporkan?

PDRM mesti mendapatkan keterangan mereka dan mengenal pasti wakil Amerika yang dimaksudkan. Apakah sebenarnya yang ditawarkan? Sekadar perbualan politik atau rancangan menggulingkan kerajaan secara tidak sah?

Jika wujud rancangan menumbangkan demokrasi berparlimen melalui kekerasan atau cara tidak berperlembagaan, polis mesti menyiasat kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Seksyen 118 atau 120 juga perlu diteliti jika ada pihak sengaja menyembunyikan rancangan jenayah untuk membantu pelaksanaannya, atau tahu penyembunyian itu mungkin membantu jenayah tersebut. Seksyen 176 atau 202 pula perlu dinilai jika maklumat yang wajib diberikan sengaja tidak disampaikan.

PDRM mesti mengumumkan sama ada siasatan dibuka terhadap Hadi dan pihak lain, serta peruntukan undang-undang yang digunakan. Jika tiada asas untuk siasatan atau tindakan lanjut, jelaskan sebabnya.

Hadi sudah membuat dakwaan. Sekarang kemukakan bukti. Kedaulatan negara bukan modal ceramah.