Skip to content

Hentikan Intimidasi Terhadap Anak Muda

Sebagai Ketua DAPSY Kebangsaan, saya sangat terkilan dengan tindakan pihak berkuasa yang mengambil tindakan penyiasatan terhadap sdr Brendon Gan, Pengerusi HARAM.

Sewaktu berkempen, Pakatan Harapan menjanjikan untuk menghapuskan akta-akta zalim & juga menggubal seksyen-seksyen akta-akta tertentu yang menzalimi.

Biarpun janji-janji untuk memansuhkan yang disebut di atas tidak dapat ditunaikan sepenuhnya dalam penggal pertama, sesungguhnya pihak berkuasa di bawah pentadbiran kerajaan Madani tidak seharusnya menggunakan akta-akta sedemikian untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa/wi ataupun anak muda yang hanya menyuarakan pandangan berbeda dengan kerajaan mahupun mengemukakan cadangan penambahbaikan tentang tatakelola universiti.

Daripada mengambil tindakan terhadap mahasiswa, mengapakah tindakan tidak diambil terhadap pihak pentadbiran universiti yang dipersoalkan integriti dan sebagainya.

Pihak KPT di bawah zaman kerajaan Madani tidak seharusnya bertindak seperti KPT di bawah zaman kleptokrasi. Pertahankan mahasiswa yang berintelektual adalah kewajipan, bukannya menekan anak muda yang mampu membuat yang lebih baik demi tanah air kita.

DAPSY Kebangsaan menyeru pihak berkuasa untuk menghentikan segala tindakan Intimidasi terhadap anak-anak muda yang menjerit/berdemonstrasi/melawan dan sebagainya.

Bagi ruang kepada mereka yang merupakan pewaris negara. Don’t be double standard.