Skip to content

Imunisasi walk-in untuk semua yang layak bermula 6 Oktober 2201, pengoperasian 10 PPV diteruskan

Bermula pada 6 Oktober 2021 (Rabu), individu yang layak dan masih belum memperoleh sebarang janji temu vaksinasi adalah dibenarkan walk-in ke semua Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini. Ini termasuk kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Dalam pada itu, pengoperasian 10 PPV di negeri ini sebagaimana tersenarai akan beroperasi seperti biasa sehingga selesainya suntikan dos kedua dan tidak akan ditamatkan tempohnya sebagaimana ditularkan, iaitu:-

  1. PPV Tapak Pesta Sungai Nibong
  2. PPV Kompeks Sukan Balik Pulau
  3. PPV SPICE Arena
  4. PPV Dewan Millenium
  5. PPV Pusat Konvensyen Perda
  6. PPV Seberang Perai Arena
  7. PPV Tapak Ekspo Seberang Jaya
  8. PPV Vangohh Eminent
  9. PPV Dewan Serbaguna Jawi
  10. PPV Dewan Serbaguna Sungai Bakap

Malah, bagi memastikan kesinambungan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan dewasa, remaja dan dos penggalak dapat diteruskan dengan lancar, pengoperasian PPV selanjutnya akan diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepenuhnya kelak.

Berkongsi data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), trend jangkitan kes di negeri ini menunjukkan penurunan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri atas usaha sama JKNPP dan juga KKM masih membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehingga 4 Oktober 2021, sebanyak 65 katil unit rawatan rapi (ICU) telah disediakan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Bagi jangka masa sederhana panjang, sebanyak empat (4) hingga enam (6) katil ICU akan ditambah di HPP dalam tempoh terdekat (bergantung kepada keperluan); hospital medan (empat katil) dan Hospital Kepala Batas (10 katil) yang dijangka siap pada penghujung Oktober ini. Perancangan keperluan peralatan serta keanggotaan juga sedang dirancang bagi pembukaan ICU tambahan tersenarai membabitkan kerjasama pada peringkat negeri dan juga pusat.

Merujuk kepada data vaksinasi penjawat awam terutamanya barisan pendidik, Kerajaan Negeri percaya bahawa tindakan-tindakan perlu telah diambil oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menjamin keselamatan semua terutamanya anak-anak kita di institusi pendidikan negeri ini.