Tan Sri Vincent Tan telah mendedahkan beliau telah menyaman Kerajaan Malaysia atas isu penamatan surat hasrat (Letter of Intent, LOI) yang ditawarkan kepada Syarikat JV Kumpulan Berjaya & Kumpulan Naza selepas Tan Sri Mahiaddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2020.
Beliau juga mendakwa bahawa kontrak yang diberikan kepada Spanco adalah RM700 juta lebih tinggi.
Dakwaan Tan Sri Vincent Tan adalah amat serius. Apa yang didakwa jelas menunjukkan ketidakpatuhan dalam proses tender oleh Kerajaan pada tahun 2020 pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin.
SPRM perlu melaksanakan siasatan terhadap perkara ini dengan segera.
Beberapa isu penting harus disiasat:
- Kenapa LOI yang telah dikeluarkan dibatalkan?
- Apakah keputusan Jawatankuasa tender pada ketika itu?
- Kenapa hasil tender oleh Kerajaan pada tahun 2019 tidak dipatuhi?
- Apakah justifikasi bagi Kerajaan pimpinan Tan SRI Mahiaddin Yassin memberikan kontrak kepada Spanco yang dikatakan RM700 juta lebih tinggi?