Skip to content

Jawatan Pengarah MSN Negeri tidak diisi secara hakiki selama 2 tahun

Melalui jawapan soalan lisan persidangan DUN yang saya terima, kerajaan negeri Melaka telah mengesahkan bahawa jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka tidak diisi secara hakiki dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

Mantan Pengarah MSN Melaka, Encik Arifin Ghani telah ditamatkan kontrak peminjaman pada April 2020, selepas pertukaran kerajaan negeri Melaka. Beliau kemudian kembali ke Putrajaya bagi meneruskan perkhidmatan beliau.

Saya telah menyifatkan keputusan tersebut sebagai ‘political purging’ dan ia TIDAK membantu dalam memastikan peralihan kuasa yang lancar. 【rujuk pautan】

Dalam jawapan persidangan DUN yang lalu (Mac 2022), kerajaan negeri telah mengesahkan bahawa terdapat 2 calon yang pernah dicalonkan dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

Kedua-dua pencalonan ditolak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), atas sebab “taraf pendidikan dan pengalaman dalam bidang sukan”.

Ini boleh bermaksud, calon-calon tersebut adalah lantikan politik dan bukan daripada cadangan SPA (kalau cadangan SPA, tidak akan wujud masalah tidak memenuhi syarat/kelayakan).

Saya amat terkejut dan kecewa kerana kerajaan negeri tidak memberi keutamaan dalam melengkapkan struktur MSN sehingga jawatan Pengarah MSN boleh kosong sehingga 2 tahun dan hanya dipangku oleh penyandang.

Banyak isu dan masalah dalam bab pembangunan sukan yang memerlukan usaha dan input MSN, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik.

Dalam bulan-bulan akhir saya menjawat jawatan EXCO Belia dan Sukan, antara isu-isu yang dalam perancangan / tindakan saya yang belum sempat dilaksanakan termasuk:

  • Pembangunan e-Sports (bukan sukan baru, tetapi ‘proper planning’ diperlukan kerana bakal ditandingkan dalam SUKMA);
  • Dilemma yang dihadapi oleh atlit di peringkat akar umbi (pilih kerjaya sukan atau pendidikan?); dan
  • Pembangunan beberapa bidang sukan yang berpotensi, diabaikan atau memerlukan fasiliti (e-Sports, BMX, Basikal, Wushu, Tinju/Projek Henry Gurney dan lain-lain).

Isu-isu tersebut harus diberi keutamaan, tetapi kerajaan negeri Melaka gagal melakukan demikian.

‘Political purging’ – 9 Mac 2020

https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1128270157509687/?d=n