Laporan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkenaan dengan kleptokrasi yang melibatkan 1MDB tidak ada kena mengena dengan campur tangan asing terhadap Malaysia. Laporan DoJ dikeluarkan kerana ada dakwaan bahawa ada beberapa transaksi yang dipercayai melibatkan dana 1MDB telah melanggari undang-undang kewangan dan perbankan Amerika Syarikat. Malah bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di negara-negara lain juga.
Alasan PAS dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali untuk menolak pelawaan Pakatan Harapan untuk bekerjasama membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan berbunyi seperti PAS seolah-oleh lebih mengikut skrip UMNO dalam menolak dakwaan daripada DoJ (http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/06/28/pas-tolak-pelawaan-ph-untuk-bersatu-dalam-isu-1mdb/). Adakah PAS tidak menghiraukan isu-isu penyelewengan yang merugikan di negara sendiri?
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Khairuddin harus sedar betapa serius isu ini atau saja buat tidak tahu? Angkuh dan sombong hanya akan merugikan dan memalukan negara kita di peringkat antarabangsa.
Saya pelik dan geli dengan gelagat PAS baru baru ini. Dan tertanya-tanya saya adakah PAS ingin kembali dengan Barisan Nasional seperti dibawah Ust Asri Muda sesuatu masa dahulu.
Sikap PAS yang seolah-olah dilihat sebagai kuda tunggangan UMNO menimbulkan tanda tanya bahawa adakah parti tersebut yang kononnya berlandaskan Islam lebih rela menjadi ‘macai’ kepada MO1 daripada melawan salah guna dana awam.
Akhir sekali, sebagai parti politik yang sudah lama dalam kancah politik, PAS hendaklah membuat keputusan untuk bersama mereka yang korup atau mereka yang melawan korupsi.