Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan serta Prasarana Malaysia Berhad harus mengkaji semula SOP penggunaan LRT dan MRT untuk keselamatan penumpang daripada wabak Covid-19.
Adalah difahamkan bahawa terdapat beberapa penumpang didapati positif selepas membuat saringan.
Situasi ini amat merisaukan bahawa ada kemungkinan pengguna perkhidmatan LRT dan MRT pada 27hb dan 28hb Mei tempoh hari lalu mungkin akan menjadi sebahagian daripada kluster baharu yang melibatkan pengangkutan awam.
Kekerapan tren harus ditingkatkan supaya bilangan penumpang pada setiap gerabak boleh dihadkan supaya semua penumpang boleh ikut SOP serta mengikut penjarakan fizikal.
Kita telah mula menghadapi situasi sebegini sejak bulan Mac 2020 dan pihak Prasarana dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepatutnya lebih peka dan arif berkenaan pengurusan SOP di pengangkutan awam pada masa kini.
Pihak Prasarana dan Kerajaan Persekutuan harus menitikberat akan keselamatan pengguna dahulu dan bukannya kos penyelenggaraan atas sebab pengurusan SOP.
Dengan pengumuman PKP ‘full lockdown’ yang akan bermula pada 1hb Jun nanti, kajian semula SOP mengikut situasi dari masa ke semasa harus menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pengguna.
Yang paling penting pelaksanaan SOP harus menggunakan ‘Common sense’, data dan sains.
Kerjasama daripada pelbagai pihak adalah penting tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama melawan wabak Covid19 yang kita hadapi sekarang.