Skip to content

Kami akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli kaum Semelai di Kampung Lubuk Perah, Bera, untuk membela hak Tanah Adat dan kawasan rayau mereka

Kami akan berusaha membantu masyarakat Orang Asli kaum Semelai di Kampung Lubuk Perah, Bera, untuk membela hak Tanah Adat dan kawasan rayau mereka.

Jesteru kami akan mengumpulkan pasukan NGO serta badan politik bagi bersama-sama menubuhkan satu badan bertindak baru bagi memudahkan kerjasama membantu masyarakat Orang Asli berkenaan.

Kes ini berlarutan lebih tujuh tahun semenjak pemerintahan mantan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub lagi. Perkara ini juga pernah dibawa ke dalam sidang DUN Negeri Pahang yang lalu.

Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah mengadakan perbincangan secara terus dan telus dengan masyarakat Orang Asli di sini, malah terus memajakkan tanah seluas 903 ekar ini kepada anak Syarikat Sri Jengka.

Dalam kesungguhan untuk mendapat hak serta penyelesaian kes ini, Tok Batin Hajemi Din telah mengadakan pertemuan dua kali bersama mantan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub di pejabat SUK Kuantan, suatu ketika dulu.

Sejarah berserta bukti kukuh menunjukkan kawasan ini telah diduduki masyarakat Orang Asli kaum Semelai sejak beratus tahun.

Semasa peperangan dan penjajahan Inggeris dan Jepun bermula kira-kira 200 tahun lalu, pihak Inggeris pernah memindahkan masyarakat ini ke beberapa tempat di sekitar kawasan Bera.

Setelah penjajahan ini tamat, mereka kembali ke tanah dan kampung asal mereka di sekitar kawasan Tasik Bera ini untuk meneruskan kehidupan.

Syarikat Elite Agriculture Sdn Bhd (pihak usahasama dengan Sri Jengka) telah mengambil tindakan saman serta tindakan makamah kepada Tok Batin Hajemi Din dan penduduk di sini.

Sepatutnya, kerajaan negeri mestilah prihatin dengan nasib golongan minoriti Orang Asli yang berjumlah hanya lebih kurang 200,000 orang sahaja daripada 30 juta rakyat Malaysia.