Skip to content

Kekurangan pekerja asing mengundang fenomena lompat kerja: Ekosistem industri kecil dan sederhana terancam

Berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang semakin teruk dan sempadan negara masih ditutup, jumlah pekerja asing di Malaysia adalah semakin berkurangan.

Masalah ini mengakibatkan keadaan kekurangan pekerja asing semakin ketara dan secara tidak lansung mengalakkan para perkerja asing untuk lompat kerja.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlaku, bukan sahaja Pelan Rekalibrasi PATI yang dilancarkan oleh kerajaan tidak dapat mencapai matlamat, tetapi perusahaan kecil dan sederhana yang merupakan bahagian utama dalam pertumbuhan ekonomi negara turut akan menghadapi impak negatif yang amat besar.

Saya telah menerima aduan daripada Encik Lee, seorang pekebun kecil di Cameron Highlands. Menurut Encik Lee, tiga orang pekerja asing berpermit yang diupah oleh dia telah lompat kerja kerana diundang oleh kebun besar berhampiran dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Akibat daripada itu, operasi harian dalam kebun beliau telah hampir diberhentikan kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi.

Encik Lee mengadu bahawa beliau mengupah perkeja asing berpermit dengan mengikuti segala prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Selain itu, dia juga telah membayar gaji yang lebih tinggi daripada gaji minimum kepada perkerja asing.

Walau bagaimanapun, disebabkan masalah kekurangan pekerja asing yang semakin ketara, tiga orang perkerja asing berpermit masih lompat kerja kerana diberi tawaran gaji sebanyak RM2500 oleh pengusaha kebun berskala besar.

Berdasarkan akta sedia ada, pekerja asing tidak dibenarkan untuk menukar majikan, dan secara automatiknya akan menjadi PATI sekiranya mereka berbuat demikian.

Namun, dengan adanya godaan gaji tinggi, sesetengah pekerja asing sanggup menjadi PATI untuk mendapatkan gaji yang lebih lumayan. Selain itu, Encik Lee juga terpaksa membayar kompaun kepada pihak berkuasa kerana pekerja asing melarikan diri. Hal sedemikian mengakibatkan Encik Lee mengalami kerugian besar.

Fenomena lompat kerja dalam kalangan pekerja asing sebenarnya berleluasa mulai tahun lepas, terutamanya apabila kerajaan melancarkan pelbagai jenis projek pembinaan dan harga minyak sawit antarabangsa semakin meningkat.

Dalam keadaan ini, pengusaha dari sektor pembinaan, penanaman kelapa sawit dan sarung tangan telah menawarkan gaji sebanyak dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripda gaji purata dalam pasaran hanya untuk merebut pekerja asing dari majikan lain.

Maka, sektor pertanian yang sukar menawarkan gaji yang begitu lumayan sekali telah menjadi mangsa dalam perebutan pekerja asing.

Kini, pengusaha sektor permbinaan merebut pekerja asing dari sektor penanaman kelapa sawit, manakala sektor kelapa sawit merebut pekerja dari sektor pertanian. Pada masa yang sama, dalam sektor pertanian sendiri pula, pengusaha kebun besar merebut pekerja asing daripada pekebun kecil.

Dengan kata lain, persaingan sengit di mana pengusaha berskala besar mengeksploit sumber daripada pengusaha kecil. Sekiranya perebutan pekerja asing dibiarkan berlaku, ramai pekebun kecil dan perniagaan berskala kecil tidak dapat meneruskan perniagaan kerana tiada pekerja asing.

Maka, keadaan yang semakin ketara ini akan mengakibatkan impak negatif besar sehingga melumpuhkan seluruh rantaian industri.

Selain itu, fenomena lompat kerja juga akan menggagalkan Pelan Rekalibrasi PATI, kerana tiada majikan sudi melaburkan wang dan masa untuk menyertai program tersebut tetapi menghadapi risiko perebutan pekerja asing yang tinggi daripada pengusaha berskala besar.

Selain itu, fenomena yang semakin ketara juga akan menyebabkan jumlah PATI semakin meningkat di seluruh negara.

Kekurangan pekerja asing merupakan masalah struktural yang dihadapi oleh negara kita. Sekiranya pihak kerajaan tidak mampu menjalankan pemantauan yang efektif terhadap PATI, pihak kerajaan seharusnya mengelakkan daripada membebankan para pengusaha dengan karenah birokrasi dan kos yang tinggi.

Memandangkan ekonomi negara kita yang terjejas disebabkan oleh pandemik memerlukan insentif besar untuk berpulih, saya dengan ini mengesyorkan kepada Kementerian berkenaan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Pertanian, agar memberi perhatian kepada kemelut ekonomi tersebut dan segera menyepadukan dan mempermudahkan segala proses permohonan demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih sihat dan ruang pemulihan ekonomi kepada seluruh pengusaha dan peniaga.