Skip to content

Kenaikan harga vaksin?

Kerajaan Perikatan Nasional telah memperuntukkan RM3 bilion dalam Belanjawan 2021 untuk pembelian dan penyimpanan vaksin.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah menwartakan “Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021” pada 21 April. Seksyen 6 (c) baru “Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988” yang ditambah menyatakan bahawa kerajaan dapat menggunakan dana untuk membeli vaksin dan membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan vaksin.

Akhirnya, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul Aziz hari ini mengumumkan bahawa dana RM5 bilion, yang setara dengan 25.6% daripada aset Kumpulan Wang Amanah Negara, akan digunakan untuk membeli vaksin.

Saya bersetuju dengan cadangan bahawa dana negara harus digunakan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara, tetapi menteri kewangan perlu menjelaskan:

  1. Mengapa anggaran yang dibentangkannya dalam Belajawan 2020 tahun lalu adalah berjumlah RM3 bilion, tetapi sekarang diperlukan RM5 bilion tambahan?
  2. Mengapa harga RM3 bilion (setara dengan RM100 setiap rakyat) meningkat kepada RM8 bilion (bersamaan dengan RM267 setiap rakyat)?

Rizab modal negara kita terhad, dan pemulihan ekonomi pelbagai industri juga menunggu bantuan dana kerajaan. Dalam tempoh penangguhan sidang Parlimen, kita memerlukan sistem laporan yang telus dan bertanggungjawab mengenai penggunaan dana negera , jika tidak, ia akan menjadi bencana jangka panjang bagi negara.