Skip to content

Kenyataan media oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pada hari Khamis 9 Julai 2015

Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam nampaknya telah mengeluarkan arahan tentang skop siasatan pasukan khas ke atas laporan aliran wang terkait 1MDB ke akaun peribadinya.

Bagi mengelak daripada terus dituduh berat sebelah, saya mencadangkan pasukan khas tersebut mengadakan sidang media bagi menjelaskan apa skop tugas pasukan tersebut kepada pihak media, dan bersoal jawab mengenai bidang tugas tersebut secara terbuka.

Saya juga turut mencadangkan supaya hasil siasatan pasukan khas yang diketuai empat Tan Sri ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bagi menafikan bahawa mereka bertanggungjawab kepada Perdana Menteri sahaja, justeru melapor terus kepada Parlimen.

Sekiranya Perdana Menteri, salah seorang suspek utama dalam siasatan ini, tidak melanggar sebarang undang-undang dalam mendedahkan skop siasatan, keempat-empat Tan Sri itu pastinya tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan media tentang skop tugas mereka.

Dan sekiranya mereka benar-benar telus dan tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan, pastinya mereka sudi untuk berhadapan dengan soal jawab PAC juga.