Skip to content

[KENYATAAN PEMBETULAN] BERHUBUNG ISU PENEMPATAN PROGRAM MATRIKULASI PELAJAR 11A

Sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, saya ingin membuat pembetulan rasmi berhubung dua kenyataan media terdahulu berkaitan kes seorang pelajar yang memperoleh keputusan 11A dalam peperiksaan SPM dan didakwa tidak menerima tempat dalam program Matrikulasi.

Saya telah dimaklumkan dan disahkan bahawa pelajar berkenaan sebenarnya telah menerima tawaran ke program Matrikulasi.

Sehubungan itu, kenyataan-kenyataan terdahulu yang dikeluarkan berkaitan perkara ini adalah ditarik semula bagi mengelakkan sebarang kekeliruan lanjut kepada orang ramai.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta semua agensi berkaitan atas penjelasan dan usaha berterusan dalam memastikan pelajar-pelajar yang layak terus diberikan peluang dalam sistem pendidikan negara.

Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan kebimbangan rakyat, khususnya berkaitan masa depan pendidikan anak-anak muda. Pada masa yang sama, adalah penting untuk memastikan setiap maklumat yang diterima diperbetulkan apabila fakta sebenar telah diperjelaskan.

Saya akan terus komited dalam memperjuangkan ketelusan, keadilan, dan peluang pendidikan yang saksama untuk semua pelajar di Malaysia.