Kerajaan negeri Johor harus mengikuti teladan kerajaan negeri Selangor untuk melakukan ujian saringan percuma untuk COVID-19 agar dapat cepat mengesan pembawa senyap (silent carriers) agar dapat mengawal penyebaran wabak tersebut.
Sejak 13 Januari yang lalu, pejabat saya telah melancarkan ujian saringan pantas dengan kadar promosi dan menyediakan tempat percuma untuk
kakitangan barisan depan. Ia bukan hanya membantu meyakinkan orang ramai dalam masa yang singkat, tetapi juga membantu dalam mengenal pasti pelbagai jangkitan dalam komuniti yang berlaku berturut-turut. Beberapa kes jangkitan yang tidak bergejala telah berjaya dikesan dan ini telah memainkan peranan yang penting dalam membantu menyekat peyebaran wabak dengan segera.
Kerajaan Negeri Selangor akan memperluaskan pemeriksaan komuniti percuma untuk COVID-19 ke seluruh Negeri Selangor dari 8 Mei hingga 10 Jun, termasuk 9 daerah dan 56 kawasan DUN, untuk mengenalpasti penbawa senyap di Selangor untuk mengatasi wabak COVID-19 baru di Selangor, kosnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri sepenuhnya.
Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Johor meningkat baru-baru ini, dan empat daerah telah melaksanakan PKP. Saya sangat khuatir dengan “pembawa senyap” (silent carriers) yang telah dijangkiti tetapi tidak mempunyai gejala atau tidak menyedari jangkitan mereka. Walaupun pembawa senyap ini tidak mempunyai gejala, mereka masih boleh menyebarkan virus kepada orang lain.
Saya memiliki sumber daya yang terbatas di DUN, dan berharap pemerintah negeri akan melakukan pemeriksaan komuniti secara meluas untuk mengesan jangkitan yang disebar oleh penyebar senyap secepat mungkin.