Skip to content

Kerajaan Persekutuan harus memaklumkan progres pemberian vaksin, memberi tarikh tetap dan juga menyokong pemulihan ekonomi

Kerajaan Negeri Selangor, Sarawak dan Johor telah menyatakan bahawa mereka telah dan berhasrat memperuntukkan dana kerajaan negeri demi membeli vaksin untuk rakyat negeri masing-masing. Adakah ini bermaksud bahawa kerajaan Persekutuan kekurangan dana untuk membeli vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi rakyat seluruh negara?

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan RM100 juta untuk pembelian vaksin Covid-19 bagi negeri itu. Menteri Besar Negeri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha ini disambut baik oleh kerajaan Persekutuan dan dilihat sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerajaan Persekutuan dalam urusan pembelian vaksin.

Pada pendapat saya:

  1. Saya bimbang akan progres Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini, dan mencadangkan kerajaan mengumumkan jumlah rakyat yang divaksinkan setiap hari dalam akhbar.
  2. Kerajaan Persekutuan tidak harus mempunyai keraguan dalam usaha pembelian vaksin dan memerlukan bantuan daripada kerajaan Negeri memandangkan pendapatan kerajaan negeri biasanya hanya merupakan 1/10 daripada pendapatan kerajaan Persekutuan.
  3. Jika kerajaan Persekutuan menghadapi masalah dana untuk pembelian vaksin dan menyebabkan kelewatan penghantaran vaksin ke negara kita, harusnya kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan Negeri dan menggunakan rizab kerajaan Negeri untuk membeli vaksin.
  4. Progres pemberian vaksin amat penting dan berkaitan dengan pemulihan ekonomi, oleh itu, selain daripada mempercepatkan kelajuan pemberian suntikan, kerajaan Persekutuan harus memastikan keutamaan atau prioriti sektor ekonomi yang penting agar memberikan vaksin kepada sektor berkenaan terlebih dahulu.
  5. Jika tiada masalah dalam pembekalan vaksin, tarikh pemberian vaksin bagi rakyat yang sudah berdaftar, sekurang-kurangnya golongan prioriti dalam fasa ragu-ragu.

Ketika dalam ucapan perbahasan dalam persidangan DUN Johor pada 30 November tahun lepas, saya telah menyeru kerajaan negeri memperuntukkan dana pembelian vaksin dalam bajet kerajaan negeri. Sama seperti objektif strategik kerajaan Negeri Selangor yang berhasrat mempercepatkan pemberian vaksin kepada sektor perindustrian, jika kerajaan Johor membeli vaksin dengan dana sendiri, maka pemberian vaksin harus mengikut prioriti dan utamakan tiga kategori di bawah, iaitu:

rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari, pekerja-pekerja di bahagian berkenaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai, dan juga pekerja-pekerja industri makanan-minuman dan juga pelancongan, supaya dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri Johor dan juga aktiviti ekonomi antara Johor dan Singapura.