Skip to content

Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan sekali lagi menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan gagal melakukan tugasnya

Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan sekali lagi menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan gagal melakukan tugasnya, ketika beliau menolak permintaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan untuk menyiasat pendedahan mengejutkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador. Abdul Hamid telah mendedahkan kartel pegawai yang korup dalam pasukan polis, sehingga melibatkan seorang mantan Ketua Polis Negara yang menerima wang suapan daripada sindiket jenayah.

Bagaimana skandal ini dapat ditangani secara dalaman oleh Suruhanjaya Pasukan Polis, ketika ia dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri dan anggota ketika tindakan jenayah tersebut didakwa berlaku. Ini bukan lagi masalah dalaman apabila seorang mantan KPN turut terpalit sehingga menerima wang suapan daripada sindiket jenayah.

Hanya RCI yang dapat membersihkan pasukan polis dari unsur-unsur korup dan menyelamatkan reputasi majoriti pegawai dan anggota polis yang tidak terlibat dalam kegiatan jahat tersebut. Jika tidak, jelas bahawa Kerajaan PN tidak serius dalam memerangi korupsi dan jenayah, seperti pepatah “harapkan pagar, pagar makan padi.”

Rakyat Malaysia mahukan siasatan awam terbuka, bukan siasatan dalaman di mana kerisauan orang ramai tidak dapat diredakan. Sebarang kegagalan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengatasi masalah serius yang menimpa pasukan polis ini, hanya akan menimbulkan ketidakpercayaan masyarakat dan hilangnya keyakinan terhadap profesionalisme, integriti, kebebasan dan kemampuan pasukan polis untuk memerangi jenayah. Ini akan menjadi ujian terbesar bagi komitmen Kerajaan PN untuk memerangi rasuah dan jenayah.