Memandangkan progress Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja dan program vaksinasi Covid-19 untuk golongan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) adalah tidak memuaskan, Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan haruslah menyepadukan kedua-dua program serta menyemak semula dan memudahkan proses permohonan demi mencapai sasaran imuniti kelompak (Herd Immunity).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengatakan bahawa Jabatan Imigresen kini hanya menerima 145,000 permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, sedangkan dijangka 3.5 juta orang PATI kini bekerja di Malaysia.
Dengan kata lain, permohonan yang diterima oleh Jabatan Imigresen hanya merangkumi 5% daripada jumlah PATI. Maka, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja tersebut boleh dikatakan amat tidak efektif.
Memandangkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja akan tamat pada 30 Jun tahun ini, hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk merangkumi 95% PATI yang selebihnya dalam tiga bulan ini adalah Mission Impossible.
Progress Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang lambat akan membawa impak negatif kepada program vaksinasi Covid-1 untuk golongan PATI.
Mulai 2 bulan yang lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah menyerukan PATI supaya mendaftar untuk vaksinasi.
Namun begitu, sudah dapat dijangka bahawa situasi sebenar kurang memuaskan kerana progress pendaftaran dan vaksinasi untuk golongan PATI tidak pernah diumumkan kepada orang ramai.
Progres Program Rekalibrasi Tenaga Kerja menjadi lambat disebabkan oleh dua faktor utama:
- Kekangan birokrasi yang terlalu banyak, proses permohonan yang tidak disepadukan, dan kekurangan undang-undang yang jelas untuk diikuti menyumbangkan kepada progress yang tidak memuaskan.
- Disebabkan proses verifikasi bagi setiap permohonan terlau tegas dan memakan masa, pemohon tidak memperoleh keputusan walaupun berulang-alik ke Jabatan Imigresen.
Oleh sebab Majikan terpaksa menghabiskan wang yang lebih untuk menyelesaikan masalah tersebut, kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa penyertaan dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja meningkatkan kos dan membebankan mereka.
Selain itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja migran tanpa permit.
Walau bagaimanapun, kenyataan beliau tidak dapat menyakinkan para majikan dan PATI kerana Penguatkuasa yang penting iaitu Kementerian Dalam Negeri dan unit-unit penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebagai sokongan kepada jaminan Menteri.
Berdasarkan statistik kerajaan, PATI merangkumi 1/6 daripada jumlah penduduk di Malaysia. Oleh itu, sekiranya program vaksinasi Covid-19 untuk golongan PATI masih tidak dijalankan, negara kita tidak akan mencapai sasaran imuniti kelompak dalam masa terdekat.
Maka, kerajaan seharusnya memberi perhatian terhadap krisis ini dan segera menambah baik kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian lain yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi.
Antaranya, kerajaan perlu menyepadukan Program Vaksinasi Covid-19 dan Program Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk golongan PATI, mempermudahkan segala proses permohonan, serta membina pangkalan data bagi mengatasi masalah tersebut secara menyeluruh.