Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat pada 29 Mac 2021 telah memutuskan bahawa Kongres Kebangsaan DAP akan diadakan pada hari Ahad, 20 Jun 2021.
Selaras dengan kehendak Perlembagaan parti, notis rasmi berkenaan Kongres tersebut akan dihantar kepada semua cawangan parti 10 minggu sebelum tarikh Kongres. Segala proses penamaan calon untuk pemilihan ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat akan diadakan semula.
Kongres pada kali ini akan diadakan di 3 lokasi iaitu di Shah Alam, Kota Kinabalu dan Kuching secara serentak. Ini bertujuan untuk memudahkan perwakilan dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri Kongres di negeri masing-masing.
Ibupejabat DAP juga akan melantik sebuah syarikat audit bebas untuk mengendalikan proses pemilihan pada hari Kongres tersebut.