Pihak Ibu Pejabat Kebangsaan DAP telah menerima surat balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) lewat petang tadi dan memaklumkan kami bahawa JPPM telah bersetuju untuk memberi lanjutan masa bagi mengadakan Kongres Parti DAP selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.
Justeru itu, Kongres Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2020 di Shah Alam DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian sebelum 30 Jun 2021.
Walau bagaimanapun, proses penamaan calon untuk pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah pun selesai dan senarai calon telah pun dimuktamadkan. Senarai penuh calon-calon yang telah menerima pencalonan masing-masing adalah seperti dalam lampiran.
Pihak DAP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri di atas kesudian untuk mempertimbangkan permohonan kami.