Merujuk kepada laporan media https://www.malaysiakini.com/news/453303 yang bertajuk “Ketua Audit Negara: Najib memerintahkan menyalahkan audit 1MDB“, saya merasa terpaksa melaporkan kesalahan jenayah yang dikatakan kepada polis – untuk memulakan penyiasatan lanjut jenayah mengenai Najib.
Tuduhan tersebut terhadap Najib, jika didapati benar – ia tidak kurang daripada kesalahan jenayah yang menghalang keadilan dan bersifat penyalahgunaan kuasa, semua untuk satu tujuan utama iaitu menghapuskan fakta dan kebenaran yang menyedihkan, serta mendedahkan Najib dan amalan kleptokratnya kepada rakyat Malaysia.
Pendedahan mengejutkan Tan Sri Madinah Mohamed selaku Ketua Audit Negara sekarang, setakat ini merupakan bukti yang paling kukuh terhadap Najib berhubung dengan skandal 1MDB – dalam menunjukkan sejauh mana mantan PM sanggup memanipulasi instrumen dan fungsi kerajaan, untuk melindungi diri daripada didedahkan menyalahgunakan kuasa semasa memerintah.
Salah satu soalan yang paling penting mengenai pendedahan Ketua Juruaudit, adalah siapakah dan apakah kuasa pejabat Najib- dan seterusnya Arul Kanda – dalam mengarahkan pengarah audit, dan juruaudit-juruaudit untuk meminda dan membuang mana-mana bahagian laporan audit terhadap 1MDB?
Implikasinya yang lebih luas dan buruk akibat daripada rancangan Najib terhadap ‘krisis audit 1MDB yang merosakkan’ ini, adalah bagaimana ia menjejaskan kredibiliti semua laporan audit semasa rejim BN kleptokrasi. Adakah Ketua-ketua kerajaan negeri BN yang lain menggunakan taktik dan tekanan yang sama untuk menganggu dan pinda laporan audit untuk memastikan laporan-laporan kelihatan bersih bagi agensi-agensi kerajaan?
Bagi pihak DAPSY Malaysia dan keseluruhan Rakyat Malaysia, saya menyeru satu penyiasatan yang mendalam dan telus terhadap tuduhan ‘Krisis Gangguan Audit bekas Perdana Menteri Najib Razak’ yang dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara.