DAPSY pada hari ini telah membuat satu laporan polis di IPD Ipoh terhadap Pengerusi Kebangsaan UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang telah membuat dakwaan palsu, berunsur fitnah dan hasutan terhadap DAP.
Najib Razak telah dilaporkan menyatakan berikut:-
“Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang terang-terang Anti Melayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan.” – Najib Razak.
Perjuangan DAP selama 51 tahun dalam sejarah Malaysia adalah berdasarkan semangat dan peruntukkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan mengiktiraf Islam sebagai Agama rasmi dengan kebebasan beragama adalah terjamin.
Namun, Najib Razak dengan sengaja untuk tidak memahami perjuangan DAP ini, sehinggalah sanggup mengeluarkan kenyataan yang palsu. I
Najib harus diingatkan bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri, dan bukannya seorang samseng politik seperti Jamal. Najib seharusnya turun dalam gelanggang pertarungan selaku seorang “statesman” sekiranya beliau adalah berkeyakinan untuk memenangi sokongan Rakyat dengan rekod pentadbiran lampaunya. Janganlah cuba untuk menjadikan dirinya sebagai Jamal No. 2, atau seperti Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa yang hanya mempermain dan mengulangi pembohongan UMNO yang berunsur rasis.
Apabila PAS bekerjasama dengan DAP dalam era Pakatan Rakyat, UMNO telah melabelkan PAS sebagai kuda tunggangan DAP, dan seterusnya menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu. UMNO dan Najib Razak sekarang sekali lagi telah cuba untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai “perkakas” DAP, dengan satu-satu tujuan untuk memenangi sokongan dengan cara ugutan.
Apabila Najib Razak mengakui bahawa Pilihanraya Umum ke-14 adalah “bapa kepada segala Pilihanraya” (the father of all elections), dan Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO akan menjadi sejarah sekiranya kalah dalam Pilihanraya yang akan, jelas bahawa UMNO mengetahui ia sedang menghadapi cabaran yang sengit dalam Pilihanraya yang akan datang. Ucapan Najib Razak dalam PAU turut adalah jelas, iaitu UMNO sudah ketandusan modal selain daripada terus menggunakan isu perkauman dan agama untuk memenangi Pilihanraya.
Apa yang boleh Rakyat harapkan dari Najib dan UMNO, apabila UMNI terus memainkan isu dan beretorik perkauman, dari seorang Ketia Bahagian (Jamal) sehingga ke Pengerusi Kebangsaannya (Najib)?