Negara kita telah kehilangan seorang anak Malaysia yang hebat dengan pemergian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.
Dalam salah satu ucapan terakhirnya di ceramah “Jelajah Perpaduan Madani” di Batu Buruk, Terengganu, Salahuddin telah mendedahkan yang terdapat usaha “pintu belakang” untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar dengan menghasut ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional untuk meninggalkan kerajaan perpaduan.
Salahuddin mengatakan: “Ahli-ahli Kabinet, termasuklah yang dari BN dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH) adalah antara yang paling stabil, kuat, harmoni, dan tidak termakan dengan hasutan-hasutan sebegini.
“Kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar adalah kerajaan yang paling stabil dan kuat dan sentiasa berusaha untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.”
Marilah kita dedikasikan enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos untuk Salahuddin Ayub untuk memperjuangkan visinya demi kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia supaya negara kita dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang berjaya melepasi jangkaan dunia.
Akan menjadi satu perkara yang bertentangan dengan visi Salahuddin untuk melihat pertukaran kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan, dan pastinya menjadi harapan Salahuddin untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk melihat negeri-negeri ini diangkat dari kedudukan mereka sebagai negeri-negeri termiskin kepada negeri-negeri termaju di Malaysia.
Seperti yang Salahuddin telah katakan berkali-kali sebelum ini, parti-parti dalam kerajaan perpaduan Anwar mempunyai agenda yang lebih berteraskan rakyat berbanding dengan Perikatan Nasional (PN) dan sudah tiba masanya untuk semua orang dari semua parti mengukuhkan ikatan kita demi manfaat untuk rakyat.