Skip to content

Membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah kerana menimbulkan ketidaktenteraman awam dan cuba menimbulkan permusuhan antara rakyat Kedah dan Pulau Pinang dengan mendakwa Pulau Pinang masih milik Kedah

Rakyat Pulau Pinang harus membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana menimbulkan ketidaktenteraman awam dan cuba menimbulkan permusuhan antara penduduk Kedah dan Pulau Pinang dengan mendakwa Pulau Pinang masih milik Kedah. Bukan hanya 1.8 juta rakyat Pulau Pinang malah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh kedua-duanya juga telah menafikan Muhammad Sanusi kerana gagal memahami undang-undang sehingga ke tahap tidak menghormati malah memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menambah bahawa Sultan Kedah tidak mempertikaikan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri apabila Sultan Kedah telah memperkenankan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 13 negeri berdaulat di Malaysia. Ini bukan kali pertama Muhammad Sanusi membuat tuntutan yang keterlaluan dan palsu terhadap Pulau Pinang.

Sebelum ini Muhammad Sanusi secara terbuka menyatakan beliau meragui kedaulatan Pulau Pinang dan hak Pulau Pinang untuk wujud memandangkan Pulau Pinang sepatutnya berada di bawah Kedah. Berikutan kenyataan provokasinya, DUN Pulau Pinang telah meluluskan usul sebulat suara, disokong oleh satu-satunya Adun PAS Pulau Pinang, mengecam Muhammad Sanusi kerana meragui kedaulatan Pulau Pinang. Muhammad Sanusi jelas berniat untuk memanfaatkan dakwaan palsu ini demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Mendapatkan pengaruh politik sebegini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melulu apabila dakwaan yang tidak berasas dan tidak wujud itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan nampaknya cuba menimbulkan permusuhan awam dalam kalangan rakyat Kedah dan Pulau Pinang. Walaupun semua fakta dan undang-undang telah menggariskan bahawa Muhammad Sanusi adalah salah, Muhammad enggan menarik balik dan bertaubat atas kesalahannya.

Dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara. Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Muhammad Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang “penceroboh politik” daripada menceroboh negeri kita demi memastikan kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman dan menikmati kemakmuran.

PAS Pulau Pinang harus menyatakan pendirian mereka sama ada mereka tidak akan bersetuju dengan Muhammad Sanusi. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka PAS tidak sepatutnya bertanding pada pilihan raya negeri akan datang sekiranya mereka tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan rakyat Pulau Pinang serta mempertahankan, melindungi dan memelihara Perlembagaan Persekutuan.