Skip to content

Meminta Harakah Daily untuk menarikbalik berita dan memohon maaf kepada YB Lim Guan Eng dalam masa 48 jam

Saya merujuk kepada laporan oleh Harakah Daily bertajuk “Bekas penasihat khas Guan Eng sertai PAS” yang disiarkan pada 23-6-2023. (https://harakahdaily.net/index.php/2023/06/23/bekas-penasihat-khas-guan-eng-sertai-pas/)

Saya ingin mengingatkan Harakah Daily dan PAS bahawa berita ini merupakan satu fitnah dan personaliti yang disebut iaitu Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjadi penasihat khas kepada YB Lim Guan Eng.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Mohamed Razali Abd Rahman tidak pernah menjawat jawatan-jawatan lain seperti yang dilaporkan dalam Harakah Daily samada dalam DAP ataupun Kerajaan.

Saya meminta Harakah Daily untuk menarikbalik berita ini dan memohon maaf kepada YB Lim Guan Eng dalam masa 48 jam dan sekiranya tidak tindakan undang-undang fitnah akan menyusul.