Saya meminta Kementerian Pendidikan dan Yayasan Hasanah supaya memaparkan cara pemilihan untuk para pelajar benefisiari yang dipilih untuk menerima sebanyak 150,000 komputer riba.
Walaupun Yayasan Hasanah menyatakan bahawa pilihan pelajar dan sekolah benefisiari adalah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun didapati bahawa terdapat banyak keluarga yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos pembelajaran anak-anak secara atas talian. Merujuk kepada isu ini, pihak berkuasa haruslah menjelaskan cara pemilihan pelajar benefisiari.
Berdasarkan rancangan sumbangan 150,000 komputer untuk pembelajaran dalam rumah secara atas talain yang diusulkan dalam Belanjawan tahun 2021. Saya telah mengajukan pertanyaan, mengharapkan rancangan ini yang melibatkan 13 syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat kerajaan (GLC) yang telah membelanjakan sebanyak RM150 juta bersama, dapat menghulurkan bantuan kepada anak- anak dari keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan.
Proses pelajaran dan pembelajaran telah berubah dengan dijalankan secara atas talian, terdapat banyak masalah yang didepani rakyat harus diselesaikan, termasuk pembiayaian aksesori dan komputer bagi keluarga berpendapatan rendah, sokongan rangkaian, dan juga mengatasi masalah ketidakstabilan kelajuan rangkaian di daerah terpencil.
Menteri Komunikasi dan Multimedia telah memproklamasikan bahawa perkhimatan rangkaian interet yang kurang baik, hanya melibatkan 4 peratus kawasan di Malaysia , tetapi kita hendaklah mengetahui perbezaan antara kaca dengan permata bahawa mempunyai perkhidmatan rangkaian adalah berbeza daripada hubungan rangkaian yang lancar. Mahupun di bandaraya Ipoh, masih terdapat banyak syarikat dan keluarga yang menghadapi masalah kelajuan rangkaian yang begitu perlahan.
Walaupun rakyat dimanfaatkan dengan data rangkaian sebanyak 1GB secara percuma setiap hari di bawah rancangan yang tertentu, tetapi proses pembelajaran secara atas talian yang menglibatkan penggunaan video telah menyebabkan data rangkaian tersebut dihabiskan dengan cepat. Sekiranya hanya terdapat seorang anak pelajar dalam sebuah keluarga yang menuntut pelajaran secara atas talian, maka data rangkaian tersebut hanya sekadar mencukupi. Tetapi jika keluarga tersebut mengandungi dua atau tiga anak yang hendak mengikuti proses pembelajaran secara atas talian, maka 1GB data rangkaian tersebut langsung tidak mencukupi. Pihak kerajaan haruslah mencari saluran untuk mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin. Sekiranya gagal, ibu bapa pelajar tetap tidak mampu menanggung beban data dan rangkaian walaupun pihak sekolah memainkan peranan mereka dengan melancarkan proses pelajaran dan pendidikan kelas secara atas talian yang terbaik. Ini juga merupakan antara faktor yang menyebabkan ibu bapa menghalang anak- anak mereka daripada mengikuti kelas secara atas talian dan akan menjadikan proses pelajaran dan pembelajaran tidak dapat mencapai kesan yang baik.
Pihak kerajaan haruslah berprihatin dan bersimpati atas segala kesulitan dan beban yang ditanggungi ibu bapa dalam pandemik ini, terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak yang dikehendaki untuk menuntut pelajaran secara atas talian kerana kos pembelajaran secara atas talian lebih tinggi.
Diharapkan pihak berkuasa dapat mendedahkan dan memaparkan perincian dan aplikasi serta kemudiannya menambah bilangan sumbangan komputer riba percuma mengikuti keperluan, supaya para pelajar dapat menikmati data rangkaian yang lancar dan juga dapat berpeluang untuk mengikuti proses pembelajaran secara atas talian dalam pandemik Covid- 19 ini.